Kurun Najwa

Sehari dua ringgit..lama-lama jadi beribu ringgit

Saya nak berkongsi dengan mama-mama.. cara yang saya menabung untuk setiap anak-anak.. sebagai ibubapa kita wajib membuka satu akaun simpanan pelaburan bagi setiap anak untuk jangka masa panjang..kerana dengan wang ini lah yang akan digunakan apabila mereka hendak melangkah ke pusat pengajian tinggi.. mana nak cekau duit yang banyak dalam masa yang singkat.. jadi marilah kita mula menabung untuk anak-anak.. tak perlu banyak.. paling minimum sehari 2 ringgit.. kenapa tak seringgit.. sebab kalau seringgit nak makan nasik lemak pun tak lepas..


Pernah tak kita terfikir dengan hanya menabung 2 ringgit sehari jer.. kita telah menyelamatkan masa depan anak-anak kita..kalau tak pernah fikir..jom tengok pengiraan kat bawah tu .. lepas ni boleh mula berfikir dan mula menabung..


Saya dah mula menabung sehari 2 ringgit untuk Iman sejak dilahirkan 2003.. sekarang Iman sudah berumur 7 tahun.. kalau umur Iman 18 tahun ?? Jom kita kira..

Setahun = 365 hari

Jadi wang tabung untuk setahun.. 365 * RM 2 = RM 730

Untuk ke IPTA / IPTS.. lepas spm.. umur 18 tahun jadik.. RM 730 * 18 = RM 13 140
Jumlah ini belum termasuk dengan agihan bonus dan dividen.. paling tidak RM 20 ribu sudah ada di tangan..

Jadik untuk setiap orang anak mama.. mereka dah ada rm 20 ribu bila menjangkau umur 18 tahun.. Insyaallah..

Pss.. kalau dah kayo rayo.. tak payah laa buat macam ni.. sekali petik jari jer dah bergolek depan batang idung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails