Apalah nasib bayi ini

Lagik berita yang tak sedap didengar.. manusia tak berperikemanusiaan.. manusia hilang akal.. manusia lupa agama dan tuhan.. akibat "bersedap-sedapan"..

Kebetulan hari ni hari valentine.. makin banyak lah pasangan kekasih yang mengambil peluang ini untuk "bersedap-sedapan" demi membuktikan rasa cinta nafsu.. nauzubillah mintak dijauhi..

KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.

Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.

Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!

Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.

Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!

Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.

Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.

Bacaan selanjutnya.. klik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails