Kami menang dapat hadiah ni..

Alhamdulillah.. kami menang dalam kontes "Seiras Pandang" yang di anjurkan oleh Sweet Pinky Stuff yang merupakan sebuah kedai online menjual pakai kanak-kanak pada harga borong.. Cantik serta berkualiti.. kalau tak caya.. pergi tengok sendiri..

Mendapat tempat ke 4.. hadiah merupakan sehelai baby Gap Jumper.. Terima kasih di ucapkan kepada pihak penganjur dan orang yang memberi undian kepada kami.. muah.. muahh..

Jom tengok.. kat mana yang seiras..

Hehehe....lepas tengok, jom kita kaji.. seiras tang mana tu..
Lubang hidung yang sama leper seperti lubang hidung mama..
Ada 2 bijik mata hitam yang sama ngan mama.. tapi kadang-kadang mama perasan nak jadik orang putih, dia pakai kontek lens kelabu sampai papa pun naik menyampah tengok bini dia yang perasan memanjang..
Mulut kami yang muncung tapi tak boleh nak kalahkan mulut mama sebab mulut mama lagik super muncung siap boleh sangkut hanger..

psss.. ni kalau mama baca mesti kena marah..

Keywords tak senonoh untuk hari ni..

Agaknya apa yang tengah difikirkan oleh orang ini semasa membuat pencarian ... tergamak nak dia nak ambik tahu.. sungguh mengelikan dan menjijikan.. apa motif dia? Adakah dia sangat gersang ataupun seorang sumbang mahram..

Keywords "isap" .. telah membawanya ke blog ini kerana saya banyak menggunakan perkataan "isap".. tapi bukan "isap" yang dia tengah cari tu.. suatu kehampaan buat orang itu kerana kat sini yang ada..hanyalah cerita mengenai kebaikkan anak yang isap susu ibu.. kuang.. kuangg.. kuanggg..

Jom tengok keywords dia..

Boleh nampak ker?..

Timbang berat dan Uji kelajuan blog

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam...

Tadi bertandang ke blog lama Cikmin.. tengok hasil dia duk timbang-timbang berat muatan dan kelajuan blog tersebut.. bagi saya tak ada masalah ... cepat jer loading..

Saya pun nak cuba juga.. keputusannya sebelum buang beberapa wadget..


Percubaan kali kedua.. setelah ditogelkan blog ini.. hasilnya

Kalau ada yang berminat nak cuba boleh la ke Website Speed Test

Pleaseeeeee.. saya nak tanya kawan-kawan.. masa korang masuk blog saya ni.. macam mana? lambat ker cepat loading..tolong bagi tau kat komen tu yer.. kalau malas kat chat box tu pun tak apa.. kalau lambat jugak terpaksa godek-godek lagik.. hehehe.. tapi dah tak ada yang nak buang nii..

Kelebihan susu ibu, tidak sembelit walaupun 2 minggu tak poo-poo..

Salam semua..
Hari ni saya nak berkongsi pengalaman mengenai sikembar ketika berada dalam pantang 44 hari... masalah yang dihadapi oleh mereka iaitu tidak poo-poo aka tidak beyak hampir 10 hari.. masa tu saya dan keluarga memang dah risau giler, sebab mereka minum susu laju jer.. hasil poo-poo tak ada.. banyak pee-pee jer.. tapi keadaan mereka okey jer.. malam dan siang tidur nyenyak tak ada menunjukkan rasa tak sedap badan.. walau bagaimana pun saya tetap risau.. mula fikir yang bukan-bukan..dah tersumbat ker apa?.. mana laa tau kan..

Akhirnya kami sekeluarga bawa mereka berjumpa doktor.. doktor pun mula bertanya kepada saya mengenai penyusuan dan memeriksa badan mereka...hasilnya "tak perlu dirisaukan kerana bayi menyusu susu ibu sepenuhnya.. masalah tidak poo-poo adalah disebabkan usus mereka kurang aktif sebab bayi banyak tidur dan kurang pergerakkan, hanya perlu bagi rangsangan (main-main dan korek-korek) pada tempat poo-poo dengan menggunakan putik kapas.. kalau ada tanda-tanda bayi tidak selesa(biru, pucat, lebam, sesak nafas dan sebagainya) baru datang bahagian kecemasan" Lol tu jerr.. dua hari selepas tu.. baru mereka poo-poo.. hasilnya bapak laaa manyak.. bau satu rumah.. poo-poo yang cair..

Kesimpulannya dari cerita saya, bayi yang menyusu susu ibu tidak akan mengalami sembelit dan perut tetap selesa walaupun tidak poo-poo hampir 2 minggu.. macam kakak dan adik.. tak percaya? Sila percaya.. tak tipu tau..


Sekarang ni.. hari-hari poo-poo.. nak-nak bila dah mula makan.. kadang-kadang 2 kali sehari.. hari-hari main montot lol..

Dah nampak hasil dari blogwalking

Yeehaa.. yeehaaaaaa.. saya dah nampak hasil dari blogwalking.. bila saya cek kat nuffnang tu.. graf dia pun dah meninggi sikit berbanding dulu yang duk menempek kat lantai jor.. kalau graf tinggi tandanya trafik up..dengan erti kata lain.. masyuk laa sikit pulusnya.. hasil kerjasama ehem.. ehemmm.. terima kasih laa pada yang sudi mengelik tu.. awak klik saya.. saya klik awak.. sama-sama kita pakat klik.. lepas tu boleh senyum sorang-sorang.. sampai laki pun naik hairan.. apa kehal bini aku ni.. duk senyum depan komputer..

Tu citer pasal hati yang gumbira..
Ni nak citer pasal hati yang kejut beruk..

al maklum laa.. komputer ni sentiasa di konker oleh budak Nadya.. yang suka tengok Pocoyo.. jadik speaker memang sentiasa terpasang.. volume hantam sampai abis.. kadang-kadang tu saya terlupa nak tutup.. akibatnya bila blogwalking kat blog yang pasang gadget mp3 atau radio.. memang terkejut beruk.. bunyi bapak kuat tengah-tengah malam buta.. pukul 1.. 2 pagi.. memang sentap masa tu.. kalut tutup takut anak-anak terjaga.. kang gagal laa misi nak ehem-ehemm.. sebab waktu tu laa cik Nuff sangat aktif.. siang kerjo tidur jer..

Muka budak nakal.. suka layan Pocoyo.. lepas tu gelak sorang-sorang..

Bila perut kami dah kenyang ..

Sekarang ni.. si budak berdua tu.. tengah lena.. ni lah hasil dia bila perut dah kenyang... ragam merengget pun berkurang ..atas tilam, masing-masing dah terbongkang.. sorang meniarap dan sorang lagik terlentang ... agak-agak yang mana satu tidur meniarap dan tidur melentang.. kalau dah tenggok post sebelum ni.. mesti tahu kan.. kan..

Mula-mula hari tu, saya suap kedua-dua secara serentak.. tapi tak boleh laa.. susah nak handle.. sebabnya.. sikakak tu makan cepat.. bila sudu tu lambat masuk kat mulut kakak.. jadik dia pun gamuk.. pandai pulak tu.. dia suka menghisap makanan pada sudu.. bila abis jer.. mesti nak bunyi.. kalau perut dah kenyang baru okey..



Si adik pulak makan sangat lambat... main-main dulu.. kalau cepat-cepat menelan.. dia buat macam nak muntah.. jadik terpaksa suap perlahan-lahan sambik duk layan peel dia.. suap adik memang take time sikit.. kauntiti makanan yang dia makan pun kurang sikit berbanding dengan kakak..

Tadi masa tengah suap.. saya dengar diorang duk berbisik..
" bubur hari sedap sikit.. sebab mama letak jagung dengan marjerin.. baru ada rasa sikit manis dan lemak.. kalau tak tawaq hebiaq"

Setem giant 20 keping untuk kuali 28cm + rm 72

Tu dia dah dapat dah ... kuali pujaan hati... yang harganya didiskaunkan bila kumpul setem giant tu .. sebenarnya dah lama boleh beli kuali tu.. tapi bila tanya jer.. dah habis stok.. kebetulan semalam ada stok baru.. jadi dapat juga... tambah duit 72 inggit.. untuk kuali 28cm..

Lepas ni lebih bersemangat nak main masak-masak..

Kami dah makan bubur nasi

Semalam dah beri kakak dan adik makan bubur nasi.. Alhamdulillah.. mereka menunjukan respon yang baik.. tiada aksi sembur menyembur.. masing-masing muka ceria..ada keinginan untuk merasa dan makan.... saya pun seronok melihat gelagat mereka makan...Lega rasa hati saya.. sebelum ni risau jugak.. takut diaorang tak nak makan.. tak dapat nak terima rasa dan testur makanan tu...

Kakak makan lebih banyak... dia akan mengisap makanan yang ada pada sudu dan seterusnya mengisap bibirnya yang ada sisa makanan tersebut.. siap keluarkan suara.. hehehe..gamaknya nak puji bubur yang mama dia masak rasa sedap..

Adik makan.. dengan kadar yang sedikit.. tapi okey sebab dia tak sembur makanan tu.. siap nganga mulut besar-besar bila nak suap.. cuma tak berapa pandai nak menelan.. tak pa laa.. lelama pandai laa tu.. mesti ambik masa nak sesuaikan diri ngan makanan tu..

Bubur nasi yang dicampur dengan daging, brokoli dan tomato.. dikisar dan ditapis.. nyum.. nyumm... hehehe.. kalau mama memang tak leh nak telan.. sebab rasanya tawarrrr... garam gak ada.. yer la.. bubur baby.. mana boleh letak garam.. bahaya untuk buah pinggang diorang..

Yeppii ..kami sudah 6 bulan

Ooo.. hari ni sangat letih dan ngantuk.. gara-gara bawak adik kakak pergi klinik.. cocok untuk 6 bulan.. lama sangat menunggu nak dapatkan nombor giliran.. sungguh menguji kesabaran mana tak nya...papa dah panas buntut cam kena cacing kerawit.. budak Nadya pulak duk keluarkan soalan-soalan yang sangat bernas.. ooo.. pening kepala saya.. nasib baik adik kakak baik jer..

Hasil pemeriksaan hari ni.. semuanya okey.. sihat belaka.. mereka bagi respon yang baik.. huhuhuk.. tapi kan.. berat adik dan kakak ni masih belum mencecah 5 kg lagi.. sipi-sipi jer.. tapi tak ada pernurunan berat badan.. yang mengalami penurunan berat badan adalah mama mereka.. berat saya sekarang 45kg jer.. rasa berbangga?.. ooo.. tidak jugak.. rasa macam cicak koben jer.. nak-nak bila jalan ngan suami..

Kemuncak acara.. adik kakak kena sorang sedas... menanggis laa .. kuak-kuak.. tapi kejap jer.. tak payah nak pujuk lelama..

Balik singgah kat esso on the run cafe.. makan nasik ayam.. cepat sikit.. tak payah nak tunggu-tunggu order.. kalau lambat-lambat kang ada yang naik angin atau pengsan kelaparan.. siapa lagik kalau bukan budak Nadya..

Sekarang ni semua dah terbongkang kat atas tilam tu.. kejap lagik saya pun nak join sama.. mata pun dah naik stim ni.. dan tengok bantal tu pun dan duk senyum-senyum..

Jom layan gambar aksi budak-budak ni tidor..




Ni baru aksi anak-anak tidur.. kalau aksi mama dia..hehehe.. lagik ganaz..

Lagu Tema Na-O-Mei.. Bisikan Rindu dari Han

Saya baru jer 2 minggu mengikuti drama bersiri Na-O-Mei.. dah sampai pertengahan cerita, baru terhegeh-hegeh tengok.. bukan apa.. drama ni start pukul 6.30 ptg.. dan almaklum laa.. time tu sangat sibuk urus anak-anak.. suruh gi mandi.. kalau tak suruh.. nanti ada yang jadi kambing.. kesudahannya saya pun terlupa dan terlepas drama bersiri tu..

Tapi tak apa.. walaupun baru mengikuti drama Na-O-Mei.. saya dapat tangkap jalan ceritanya.. banyak blog kawan-kawan yang buat review tentang drama ni.. kadang-kadang terkantoi jugak nak tengok.. tut.. tut.. tengok jam dah pukul 7.30mlm...

Lagu tema drama Na-O-Mei Bisikan Rindu, bila dah hari-hari dengar.. rasa bes pulak.. dinyanyikan oleh Han.. tak tahu pulak saya, sapa si Han ni.. muka pun tak pernah tengok... semalam keluar dalam utusan.. baru lerrr tahu..memang ketinggalan keretapi saya ni.. kalau nak bacaan mengenainya.. sila klik


Jom layan lirik lagu dia

Bisikan Rindu

Kutahu di hati mu
Kau selindung bisikan rindu
Berlabuh bayangmu menagih kasih sepiku

Kau pernah mu bertamu
Yang telah kuserah hidup seluruhku
Dan hanya dirimu kan kuingati selalu waktu

Sengketa menjauh kita bersama
Asmara terluka beralah air mata
Kuingin mu selama dengan janji setia
Tanpa ragu berbicara cinta
Kau segala

Ku setegar menunggu
Walau terulang menyayangmu tulusku
Kau pergi berlalu kemaafanmu dambaku

Percaya mu mahu ku begitu ke sisimu
Kutuju bisa abadi bertemu dalam kalbu

Kuingin mu selama dengan janji setia
Tanpa ragu bicara cinta
Kau segala
Kau segala…

Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Sulu Sarawak

Nuffnang Charity Project – Baby Ammar

ENTRY MELEKAT SEHINGGA 17 FEBRUARY.. UNTUK ENTRY TERBARU SILA SCROLL

Sedih dan bersimpati bila membaca kisah baby Ammar... yang menderita Patent Ductus Arteriosus (PDA) sejak lahir. Untuk bacaan selanjutnya boleh lah ke blog Mommy Ammar


Keluarga baby Ammar memerlukan rm12 000 bagi menampung kos pembedahan yang mana mereka tidak mampu menanggungnya. Atas dasar prihatin dan kemanusian.. marilah sama-sama kita membantu mereka.. walaupun hanya dengan secebis klik pada iklan nuffnang..

Bacaan selanjutnya di Nuffnang
Anda boleh membantu mereka dengan..

1. Enable ‘Show Charity Ads’ in your Blog Manager preferences for the duration of this fundraiser. You will not be paid for displaying the ads, but the ads will greatly help to promote this cause to more people who might be willing to do something for Baby Ammar.



2. Blog about Baby Ammar’s condition, and include a link to this Nuffnang blog post so that your readers will know where to go for more information. Again, this will also do a great service to Baby Ammar by spreading the word about his condition.



3. Make a donation to Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Every little bit helps, so please do contribute any amount you can.


Pembedahan dijadualkan pada 22 Februari ini dan kutipan akan ditutup pada tengah malam 17 Februari.

"Semoga Allah memberikan ketabahan hati buat mereka dalam mengharungi dugaan ini dan mempermudahkan jalan untuk mereka. Amin"

Whizchini Shoppe Special Giveaway

Kenapa Twins perlu menang?
Kerana twins sudah memakai CD sepenuh masa.. tiada lagi penggunaan DD.. Twins sangat selesa ketika memakai CD.. tiada masalah seperti ruam lampin, parut hitam akibat dari tape DD pada pinggang.. dan juga dapat menambahkan koleksi CD yang sedia ada..

Nama anak: Wan Elly Hakim dan Wan Emmy Hakim
Umur : 6 bulan


Apa yang saya tahu mengenai Whizchini Shoppe

Sebuah kedai oline yang di usahakan oleh puan Rini Shariff.. menjual Cloth Diapers dari pelbagai jenama seperti Coolababy, Babyland, Rainbow, AJ Minky dan pelbagai lagi.. Menjual cloth Diapers Accessories seperti Coolababy Wet bags, AJ Wet bags dan sebagainya.. jugak menjual Cloth Pads untuk mama iaitu SAFA Pantyliners dan menstrual pads .. pendek kata pelbagai produk ada di Whizchini Shoppe dengan tawaran harga yang berpatutan.. potongan harga yang menarik diberikan kepada yang menjadi member ... juga dibuka peluang menjdi reseller kepada yang berminat.. untuk maklumat lanjut sila ke Whizchini Shoppe.. klik pada banner

Spaghetti Daging Black Pepper

Malam ini kami sekeluarga makan spagetti ... yang spesialnya.. ia dimasak oleh suami.. macam mimpi saja kan .. bila tiba-tiba suami menyuarakan hasrat yang dia nak masak untuk makan malam ni...

Resepi ni suami sendiri yang google kat internet.. lepas tu dia pergi beli bahan-bahan yang diperlukan.. balik jer dari beli.. terus kedapur.. mula memasak.. saya hanya tolong potong dan sediakan bahan yang diperlukan.. baru cepat sikit..

Hasil dia.. inilah..



Nyum.. nyummm.. sedap bila perut tengah lapar.. habis sepinggan.. hehehe.. banyak betul lada hitam dia taruk.. alamat nyer.. panas perut laaa.. malam ni..

Baby Cutes Collection Giveaway

Moh laaa..ramai-ramai kita meriahkan giveaway ni.. hadiahnya sangat menarik.. nak tahu lebih lanjut.. sila klik pada banner..

Apalah nasib bayi ini

Lagik berita yang tak sedap didengar.. manusia tak berperikemanusiaan.. manusia hilang akal.. manusia lupa agama dan tuhan.. akibat "bersedap-sedapan"..

Kebetulan hari ni hari valentine.. makin banyak lah pasangan kekasih yang mengambil peluang ini untuk "bersedap-sedapan" demi membuktikan rasa cinta nafsu.. nauzubillah mintak dijauhi..

KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.

Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.

Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!

Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.

Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!

Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.

Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.

Bacaan selanjutnya.. klik

‘Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com’.

Entry melekat sehingga 14hb februari 2010.
Untuk entry terbaru .. sila scroll kebawah.. takkan kat atas kut!

Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.

Nasik lemak Restoran Azhar Temerloh.. memang kauww..

Salam semua..

selamat pagi.. kawan-kawan semua dah bersarapan? saya baru lepas perkena nasik lemak sebungkus.. bau pun masih duk melekat kat tangan...

Alhamdulillah.. sedap betul rasa nasik lemak restoran Azhar kat Temerloh ni.. kalau datang Temerloh mesti suami beli nasik lemak kat kedai tu.. sebab dia kata rasa nasik lemak tu tak berubah.. macam dulu-dulu.. masa zaman dia kecik-kecik, makan ngan wan dia..

Sikembar baru jaga tidur.. nyenyak betul diorang tidur semalam..
okey la.. nak pi BF budak berdua tu..
bye-bye.. ta ta ti ti tu tu...

Tiba-tiba dah sampai kat Temerloh

Pagi tadi... baru jer tulis entri.. tak pi mana-mana cuti ni.. tut.. tut.. malam ni duk bersiaran langsung kat Temerloh..

Biasa laa.. ni gara-gara cik suami laa.. dia bukan suka buat perancangan dulu.. kalau rasa nak pergi.. terus ajak.. macam tadi.. lepas balik sembahyang jumaat.. terus dia ajak.. jom kita pi temerloh.. duk kat hotel sari dua.. bosan duk kat umah.. panas sangat.. kalau duk hotel sejuk "feel tu rasa lain.. tak sama ngan bilik sendiri walaupun sejuk jugak.. siap dia angkut ngan player dvd nak tengok movies.. notebook sekali.. hehehe... saya urus anak-anak jer..

Mula tu.. nak tidur kat rest house.. telepon tadi, dah penuh.. jadik terpaksa la tidur kat hotel green park.. okey laa... ambik bilik yang ada king bed dan single bed.. suka sangat budak-budak ni.. jom la layan pic tu..



Berhati-hati ketika memandu..

Salam semua.. selamat bercuti dan balik kampung..
ini adalah peringatan dan nasihat saya kepada sesiapa saja yang memandu untuk balik kampung.. ingat berhati-hati ketika memandu... maklum laa.. cuaca sangat panas... jadi badan cepat letih dan mengantuk ketika memandu.. jangan memaksa diri memandu jika berada dalam keadaan ini.. berhenti sebentar.. berehat bersama kit kat... tak kira laa.. minum kopi ker.. basuh muka ker.. berwuduk dan sembahyang ker.. makan-makan ker... tapi kalau dah rasa sangat mengantuk tu.. ubatnya adalah tidur sebentar... jangan duk tahan-tahan mengantuk tu.. sangat bahaya.. hanya dalam sesaat anda tersenggup.. terlelap ketika memandu.. akibatnya.. nyawa anda dan orang tersayang boleh melayang... ingat kesian kat mak bapak yang duk tunggu dikampung tu.. mengharapkan kepulangan anak cucu.. tapi sebaliknya..


Bercerita tentang saya pulak..
Suami hari ni dah start bercuti.. cuti ni kami tak balik kampung.. yang pasti memang tak balik kampung saya... nunnnnnnnnnn.. jauh di utara sana.. negeri Perlis.. tak sanggup jauh sangat.. kesian kat suami letih nak memandu.. anak pun kecik-kecik... nanti semua letih.. ngan cuaca yang panas ni.. takut ada yang demam pulak.. lagik pun keluarga kat kampung faham dengan keadaan saya.. susah nak uruskan anak-anak yang kecik... duduk umah saja.. kalau nak jalan pun kuk dekat2 saja..

Sehari dua ringgit..lama-lama jadi beribu ringgit

Saya nak berkongsi dengan mama-mama.. cara yang saya menabung untuk setiap anak-anak.. sebagai ibubapa kita wajib membuka satu akaun simpanan pelaburan bagi setiap anak untuk jangka masa panjang..kerana dengan wang ini lah yang akan digunakan apabila mereka hendak melangkah ke pusat pengajian tinggi.. mana nak cekau duit yang banyak dalam masa yang singkat.. jadi marilah kita mula menabung untuk anak-anak.. tak perlu banyak.. paling minimum sehari 2 ringgit.. kenapa tak seringgit.. sebab kalau seringgit nak makan nasik lemak pun tak lepas..


Pernah tak kita terfikir dengan hanya menabung 2 ringgit sehari jer.. kita telah menyelamatkan masa depan anak-anak kita..kalau tak pernah fikir..jom tengok pengiraan kat bawah tu .. lepas ni boleh mula berfikir dan mula menabung..


Saya dah mula menabung sehari 2 ringgit untuk Iman sejak dilahirkan 2003.. sekarang Iman sudah berumur 7 tahun.. kalau umur Iman 18 tahun ?? Jom kita kira..

Setahun = 365 hari

Jadi wang tabung untuk setahun.. 365 * RM 2 = RM 730

Untuk ke IPTA / IPTS.. lepas spm.. umur 18 tahun jadik.. RM 730 * 18 = RM 13 140
Jumlah ini belum termasuk dengan agihan bonus dan dividen.. paling tidak RM 20 ribu sudah ada di tangan..

Jadik untuk setiap orang anak mama.. mereka dah ada rm 20 ribu bila menjangkau umur 18 tahun.. Insyaallah..

Pss.. kalau dah kayo rayo.. tak payah laa buat macam ni.. sekali petik jari jer dah bergolek depan batang idung..

Apa dosa bayi perempuan ini?

Kesian kan.. tergamak orang yang melahirkan bayi ini buang begitu saja... akibat malu dari hasil "bersedap-sedapan".. hilang segala sifat kemanusiaan.. jangan samakan mereka dengan haiwan.. kerana haiwan masih menyayangi dan melindungi anak yang dilahirkan..

Mayat bayi perempuan yang penuh dengan semut.. tidak diketahui sama ada.. masa dibuang masih hidup atau sudah meninggal..

Untuk berita penuh sila klik


Inilah Iman saya yang sangat....

Hari saya nak cerita tentang anak teruna saya yang sorang ni.. Abang Iman.. tiba-tiba terasa rindu pulak ... rindu pada Iman masa dia kecik-kecik dulu..

Orang selalu konpius bila tengok Iman.. mereka ingat anak cina.. selalu juga mendapat pujian.. alahai comelnya anak awak.. alahai comelnya cucu.. nampak baik.. tapi sebenarnya.. alahai.. jomlah kita tengok gambar kat bawah tu.. tahun 2005.. umur iman hampir 3 tahun dan Nadya hampir setahun..

Suka usik adik.. menyakat.. buat geram.. kesudahannya adik akan menanggis..

tarik kaki adik.. tengok muka dia.. dah jadi macam arnab..

Suka masuk dalam play pan kacau adik main.. rebut-rebut mainan..

Bila adik naik walker.. dipegangnya walker tersebut.. dah tak leh bergerak..

Suka bawak mainan naik atas.. sampai usung basikal.. akhirnya basikal tu patah 2..

Ni bukan berposing untuk bergambar.. sebenarnya tangan dia nak tarik pokok bunga tu..

Kalau pergi mall.. mesti naik kete merah dia.. sampai ngantuk tersenguk-senguk pun tak pa.. sebab tak nak kasi adik naik..

Tidur nak bawah ketiak mama.. main tangan.. main siku.. dah ralik .. baru terlena..

Teka Berat Qaseh Contest

Jom mama-mam.. kita main teka-teka ... main taram-taram.. Tengok pic kat bawah tu.. ini adalah baby Qaseh.. sangat comel dan chubby.. geram jer tengok.. agak-agak berapa berat dia.. klu yang diberikan.. masa umur 8 bulan beratnya 8.3kg.. sekarang sudah berumur 10 bulan..


Okey.. saya teka.. 9.45 kg.. hehehe.. taram sajok..

Kalau ingin meneka berat Qaseh.. klik pada banner..

Banyak soalan dan pelik-pelik belaka..

Susahkan.. setiap kali di acukan soalan yang .. agak pelik.. entah apa-apa.. yang tak ada jawapan.. Memang pening nak pikir.. kelu kepala otak nak pikir.. ideal pun tak ada..

Nak tahu siapa si tukang menanya tu..
Ni laa orrang nya...


Ooo.. tolong nakkk... mama pening ngan soalan kamu.. masa mama jawap spm pun tak macam ni.. sekurangnya ada juga soalan yang ada jawapan abcd tu.. boleh jugak taram..

Budak ni.. suka benar tengok citer katun dan main games.. lepas tu dia akan menanya soalan.. jadik terpaksa la saya layan.. kena tengok sama citer katun dier.. jugak ambik tahu tentang games yang dia duk main tu.. nanti kalau kena soal.. baru saya dapat bagi jawapan.. tahu pulak kalau saya bagi tau jawapan salah.. dia kasi tau jawapan yang sebenarnya.. saja-saja nak test mama dia.. supaya bagi perhatian kat dia.. saya sedar.. akhir-akhir ni.. dia suka buat perangai sikit.. jeles kalau saya duk sembang ngan suami.. jugak jeles jika saya duk urus adik-adik.. tapi tak la sampai tahap yang kritikal..

Alahai anak... bagi saya sangat susah dan mencabar untuk membesarkan anak-anak seusia Nadya.. kerana mereka sering menuntut jawapan bagi setiap soalan.. tak kira la.. soalan yang boleh faham ker tak boleh faham...

Baby Crying Contest

Tak pernah lagik saya letak gambar adik dan kakak menanggis.. sebab tak pernah tangkap gambar time diorang nanggis.. maklum la time tu kalut duk pujuk mereka.. kebetulan pulak semasa blogwalking terjumpa kontes ni.. dan jugak kebetulan petang tadik kakak menanggis sakan sebab panas sampai langsung tak nak menetek.. jadik saya ambik kamera dan terus snap gambar kakak.. duk sat dia pun berhenti menanggis.. fuhhh.. lega rasanya..

Wan Elly Hakim
5 bulan setengah

Gambar adik tu.. kebetulan jer.. sebenarnya nak ambik gambir dia senyum.. punya laa susah.. asyik buat muka.. ini seriusssssss.. bila lama asyik duk suruh dia senyum.. dia pun fedap dan terus waaaaaaaaa...

Wan Emmy Hakim
5 bulan setengah

Okey.. untuk mama-mama yang berminat nak join kontes ni.. sila klik pada banner.. jom kita sama-sama meriahkan kontes ni..

Jom buat baby booties yang comel

Hari saya nak tunjuk pada mama-mama, cara nak buat baby booties.. sangat comel bila dipakai .. juga boleh dijadikan sebagai cenderahati dan perhiasan..hehehe.. juga sesuai dipakaikan pada kaki kucen..

Saya guna kain lebihan seluar jean.. kat bahagia kaki seluar.. pada entri ini

Inilah hasilnya.. dua pasang baby booties untuk kakak dan adik.. cumel tak?.. kalau tak cumel pun.. sila cakap cumel... hehehe.. nanti berbunga hati saya.. baru bersemangat nak buat kerja umah.. awal-awal pagi ni..



Nak tahu cara macam mana saya buat.. tengok jer gambar kat bawah tu.. tak payah laa saya nak citer.. gambar tu dah citer .. hehehe..kalau tak dapat jugak .. sila nanggis kuat-kuat..







Okey laa.. lawak jer.. tak elok nanggis-nanggis.. sharing is caring kannn... kalau nak try buat.. boleh la download patern dan arahan yang lengkap kat Stardustshoes..

Seronok tau buat baby booties ni.. so selamat mencuba..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails