Sunday, August 16, 2009

Senaman penting untuk ibu mengandung



ADALAH penting bagi anda untuk memastikan tubuh dan minda anda berada dalam keadaan yang baik ketika mengandung. Bagi memastikan perkara ini, senaman adalah satu perkara yang amat bagus untuk anda. Semua ibu yang mengandung pasti akan mengalami stres atau cemas secara tidak menentu. Jika anda dapat mencari jalan untuk menghadapi perkara ini dan juga mengelakkan masalah daripada berlaku, bermakna anda sedang menjalani masa mengandung yang baik.

Melakukan rutin senaman akan membantu anda berasa gembira dan bertenaga. Ia adalah satu perkara yang penting bagi anda untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Mengapa senaman itu bagus untuk ibu yang mengandung?

DI DALAM tubuh badan kita terdapat satu hormon yang dipanggil sebagai endorfin, yang akan dikeluarkan oleh tubuh badan anda apabila anda melakukan senaman. Hormon ini akan membuatkan anda berasa lebih bersemangat berbanding daripada berasa lemah atau tidak bermaya.

Anda juga akan berasa tenang dan fokus apabila tubuh badan anda mengeluarkan hormon selepas anda melakukan senaman. Begitu juga dengan perasaan berhati-hati terhadap diri anda kerana anda akan mendapati tubuh badan anda yang semakin membesar itu masih lagi boleh berfungsi dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan senaman yang rutin, ia dapat membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki, sembelit dan juga kekurangan oksigen untuk bernafas sekali gus memberi anda lebih banyak tenaga untuk menampung berat badan anda yang semakin bertambah.

Anda juga dapat mempersiapkan diri anda dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi hari yang istimewa itu, iaitu hari yang anda bakal berjumpa dengan bayi anda. Ia membantu anda mempunyai tenaga yang lebih kuat untuk anda meneran pada saat anda mahu bersalin.

Anda akan berasa gembira untuk mengetahui bahawa dengan melakukan senaman ketika mengandung dapat membantu anda kembali dengan cepat kepada bentuk tubuh badan anda sebelum anda mengandung dan bersalin.

Senaman juga bagus untuk bayi yang dikandung kerana ia dapat menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayi anda yang membantu perkembangan tubuh badannya. Selain itu, ia juga memberikan bayi anda berasa kesan positif hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh badan anda sekali gus membuatkan bayi anda tenang dan gembira. Bayi anda juga akan tenang bagai dibuai dengan segala pergerakan yang anda lakukan ketika bersenam.

Senaman yang paling selamat dan bagus untuk anda ialah berenang, yoga dan berjalan kaki. Senaman yang tidak digalakkan untuk ibu mengandung ialah joging, melakukan sit-up, bermain badminton dan pelbagai lagi jenis senaman yang berat.

Sumber Berita Harian

Elak dehidrasi ketika mengandung


Mengidam makanan masin, pelik petanda daripada bayi tagih beberapa jenis mineral


Seperti yang anda semua ketahui, air adalah satu elemen penting bagi manusia tidak kira usia dan jantina. Bagaimanapun, ada kalanya ramai yang terlupa dan alpa akan kepentingan air terhadap tubuh badan mereka terutama sekali bagi kaum wanita. Air memberikan anda tenaga, lebih-lebih lagi wanita mengandung. Apabila anda mengandung, perkara pertama yang akan diberitahu oleh doktor anda adalah banyakkan meminum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu oleh kerana alahan (morning sickness), anda boleh minum air kosong yang dicampur dengan jus, sirap dan sebagainya.

Namun, yang seeloknya untuk minum air kosong yang ditapis. Persoalannya di sini mengapa air amat dititikberatkan terutama sekali bagi ibu mengandung?

Seperti yang anda ketahui, sebagai manusia biasa, air adalah satu keperluan yang penting untuk tubuh badan. Tidak kira anda mengandung atau tidak. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air.

Tubuh badan kita secara semula jadi memerlukan air untuk hidup kerana sekiranya tanpa air, ia akan mengganggu fungsi sistem pengendalian dalam badan kita sekali gus membuatkan kita menjadi dehidrasi terutama untuk wanita mengandung. Ini kerana ketika mengandung, ibu hamil kerap membuang air kecil disebabkan oleh tekanan yang diberikan kepada pundi kencing oleh bayi yang dikandung mereka. Disebabkan itulah wanita yang mengandung perlu kerap minum air kosong sekurang-kurangnya dua setengah liter sehari supaya tubuh badan mereka tidak akan dehidrasi dan cukup untuk menampung kehilangan air dari badan yang berlaku dalam pelbagai cara selain daripada kerap membuang air seperti berpeluh. Wanita mengandung kerap berasa panas dan berpeluh, disebabkan itu jugalah mereka perlu menggantikan kandungan air yang keluar dari tubuh badan mereka dengan meminum lebih banyak air kosong.

Air adalah komponen utama dari tubuh. Setiap orang memiliki 70 peratus air dari berat tubuhnya. Semua sistem di dalam tubuh bergantung kepada air. Sebagai contoh, air akan membuang racun dari organ vital, membawa nutrisi ke sel tubuh dan menghasilkan kelembapan bagi telinga dan juga hidung kita. Bagi wanita yang mengandung, mereka perlu menjaga kesihatan tubuh badan mereka agar tidak dijangkiti penyakit kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Oleh kerana itulah, mereka digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang disarankan bagi menghindari daripada dijangkiti penyakit seperti demam atau selesema.

Tahukah anda bagi mereka yang mempunyai masalah ‘morning sickness’, dengan hanya meminum ‘air hidup’ atau ’air bersih’ yang mencukupi, masalah ini dapat dihindari atau sekiranya berlaku ia lebih ringan dan lebih cepat pulih. Sebenarnya petanda seperti loya, muntah, pening dan lain-lain ini disebabkan oleh dehidrasi ditambah pula dengan perubahan hormon sewaktu hamil.

Mengidam makanan yang masam, masin atau yang pelik adalah petanda yang datang daripada bayi di dalam kandungan yang mungkin menagih kepada beberapa jenis mineral, garam atau mungkin juga dehidrasi. Jadi kalau amalan minum lima botol (500 ml) sehari diselangi dengan meletak sedikit garam di atas lidah untuk setiap botol, ia akan membantu masalah ini. Ia seperti magik kerana tidak lagi menghadapi masalah ‘morning sickness’ dan mengidam kalau mereka mengikut saranan ini dengan yakin dan istiqamah.

Selain itu, wanita yang hamil kerap mengalami penyakit sembelit dan kerana itu air amat penting buat mereka. Air adalah pelarut asas bagi segala hasil keluaran penghadaman dan ia membantu untuk melawaskan bahan buangan di dalam tubuh badan kita.

Dan yang terakhir sekali adalah bagi wanita yang menyusui bayi mereka memerlukan cairan supaya tidak dehidrasi. Ini kerana sejumlah cairan dalam badan akan hilang kerana apabila mereka mengeluarkan susu. Oleh itu, segala cairan ini perlu digantikan dengan meminum sejumlah air yang banyak.

Seperti yang disebut diatas, wanita mengandung perlu mengambil kuantiti air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia boleh membawa kepada pelbagai penyakit lain. Contoh seperti lelah, sakit kepala, mulut kering, lemah otot dan sebagainya. Disebabkan itulah wanita mengandung wajib mengambil air kosong sekurang-kurangnya dua liter sehari. Air kosong yang diambil pula, seeloknya datang daripada air yang ditapis atau air yang tidak tercemar bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit yang tidak diingini.

Oleh Dr Noordin Darus
Berita Harian

Bersalin cara Caesarean


KELUAR ikut pintu atau tingkap? Ini antara kiasan orang tua dulu apabila diberitahu mengenai kedatangan anggota baru dalam keluarga.

Keluar ikut pintu maknanya bersalin normal, dan ikut tingkap pula menandakan bayi dilahirkan secara pembedahan. Bagi kebanyakan wanita, pembedahan pilihan terakhir yang hanya dipersetujui jika terpaksa.

Bagaimanapun, ada juga wanita memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan, terutama bagi yang percaya kepada tuah satu-satu tarikh atau mahukan tarikh lahir anak yang ‘cantik’; contohnya ramai menempah melahirkan anak pada 8 Ogos 2008.

Kaedah pembedahan atau dipanggil hirisan Caesarean adalah cara melahirkan bayi melalui dinding abdomen (perut) dan rahim (uterus) yang dilakukan apabila ada risiko ke atas bayi atau ibu itu sendiri jika bersalin secara normal.

Untuk wanita yang pertama kali mengandung, antara tanda tiba waktu bersalin ialah air ketuban pecah, ada sedikit pendarahan dan sakit kontraksi.

Secara umumnya, 80 peratus wanita bersalin secara normal dalam tempoh 24 jam selepas mengalami tanda berkenaan.

Jika air ketuban pecah, wanita perlu segera ke hospital supaya doktor boleh memantau keadaannya, termasuk memeriksa jika berlaku pendarahan atau kehadiran najis bayi di dalam rahim.

Seandainya wanita masih tidak melahirkan anak selepas mengalami tanda, doktor akan memberi ubat induksi untuk mempercepatkan pintu rahim terbuka bagi membolehkannya bersalin secara normal.

Bagi wanita sihat, tidak menghadapi masalah dengan kandungan dan merancang bersalin normal, mereka perlu tahu serba sedikit mengenai pembedahan jika berlaku kejadian tidak dijangka, kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Noor Fidak Samsudin.

Pembedahan bersalin boleh dilakukan ketika kandungan berusia 38 minggu (bayi dalam kandungan cukup matang). Bagaimanapun, seseorang wanita boleh bersalin dua minggu awal atau dua minggu lewat, tertakluk kepada keadaan setiap individu. Sebelum pembedahan, wanita disyaratkan berpuasa sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam.

Pembedahan bersalin boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a. Elektif — Pembedahan dirancang dari awal.

Antara perkara menyebabkan pembedahan ialah:

# Masalah plasenta previa iaitu kedudukan uri di bawah rahim, berhampiran saluran kelahiran yang boleh mengakibatkan wanita bersalin awal atau berlaku pendarahan

# Kedudukan bayi songsang atau melintang apabila dekat tarikh bersalin

# Mengandung anak kembar

# Masalah kesihatan yang boleh menjadi buruk jika bersalin normal seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi atau kencing manis yang tidak terkawal

# Ibu mendapat jangkitan yang boleh diberi kepada anak jika bersalin secara normal

# Ibu pernah bersalin secara pembedahan dan berdepan masalah sama; atau apabila doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan pecah atau koyak

# Atas kehendak wanita dan pasangan berdasarkan sebab tertentu. Doktor akan menerangkan kekurangan dan kelebihan bersalin secara bedah. Pembedahan hanya dipersetujui selepas si ibu faham kedudukan sebenar dan sanggup menerima risiko yang mungkin dihadapi


b. Kecemasan

# Proses kelahiran terlalu perlahan atau berhenti

# Bayi lemas

# Wanita menunjukkan tanda bersalin sebelum tarikh yang dijangka

# Bayi menunjukkan tanda tertekan seperti degupan jantung terlalu cepat atau perlahan

# Masalah plasenta (uri) atau tali pusat yang boleh membahayakan bayi

# Bayi terlalu besar untuk dilahirkan secara normal; biasanya berat bayi melebihi empat kilogram

# Kemalangan

Menurut Dr Noor Fidak, wanita yang ada masalah kesihatan perlu memastikan penyakit mereka sentiasa dalam keadaan terkawal sebelum merancang untuk hamil. Ini kerana ketika hamil, penyakit dihidapi lebih ‘terserlah’, contohnya kencing manis dan tekanan darah tinggi.

“Apabila anda disahkan mempunyai kencing manis ketika hamil, risiko untuk bayi menjadi besar adalah tinggi dan jika bayi melebihi empat kilogram, pembedahan perlu dilakukan.

“Ada kalanya doktor perlu menjalankan induksi iaitu memberi ubat bagi merangsang pintu rahim untuk terbuka dan memudahkan kelahiran apabila usia kandungan memasuki 38 hingga 40 minggu.

“Bagi wanita yang ada masalah tekanan darah tinggi yang terkawal, biasanya mereka diberi induksi apabila kandungan cukup 38 minggu.

“Sebaliknya, jika tekanan darah tinggi tidak terkawal (terlalu tinggi) dan si ibu dilihat hampir mengalami sawan, dia perlu segera dibedah bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi,” katanya.

Mengalami kencing manis ketika hamil adalah petanda kurang baik. Biasanya doktor membuat pengesahan semula selepas tamat tempoh berpantang dan jika wanita berkenaan tidak menjaga kesihatan dengan baik, peluang menghidap kencing manis adalah tinggi selepas bersalin.

“Wanita yang hamil selepas berumur 40 tahun ke atas mempunyai banyak masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi atau sakit jantung dan jarak dengan kehamilan terakhir agak jauh, maka risiko bersalin secara pembedahan adalah tinggi walaupun anak terdahulu dilahirkan secara normal.

“Banyak juga kes wanita yang dijadualkan bersalin normal tetapi perlu menjalani pembedahan kecemasan pada saat akhir. Ini berlaku apabila uri tersangkut atau tersekat, bayi terlalu besar, bayi dalam kedudukan songsang, air ketuban pecah atau bayi buang air besar.

Najis bayi boleh menyebabkan keracunan dan bayi boleh mengalami komplikasi atau meninggal dunia jika tidak dibedah segera.

“Selain itu, jika seseorang wanita mengalami kontraksi tetapi pembukaan pintu rahim terlalu perlahan atau terhenti dalam tempoh empat jam sedangkan ketuban pecah, pembedahan perlu dilakukan segera kerana bimbang bayi lemas.

“Namun biasanya doktor memberi tempoh satu jam untuk pintu rahim terbuka sepenuhnya iaitu seluas 10 sentimeter. Sebaliknya, jika pintu rahim terbuka penuh tetapi bayi masih tidak dapat dilahirkan secara normal, doktor juga akan menjalankan pembedahan kecemasan,” katanya.

Walaupun secara umumnya doktor menggalakkan wanita bersalin secara normal tetapi dalam keadaan tertentu wanita disaran bersalin secara pembedahan, khususnya jika mengandung anak kembar dan kandungan diperoleh melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF). Bagaimanapun, kata Dr Noor Fidak, keputusan akhir tertakluk kepada kedudukan bayi pada hari bersalin. Jika bayi pertama dalam kedudukan normal iaitu kepala di bawah, si ibu boleh bersalin secara normal walaupun bayi kedua dalam kedudukan songsang atau melintang. Ini kerana selepas bayi pertama dilahirkan, bayi kedua mempunyai banyak ruang untuk dibetulkan kedudukannya dan ditarik keluar.
Jika bayi pertama dalam kedudukan songsang atau melintang, maka perlu dibedah.


Komplikasi bersalin secara bedah

Meskipun mempunyai kemudahan perubatan moden dan pembedahan adalah selamat, ia masih ada risiko komplikasi. Antara komplikasi yang mungkin dialami ibu ialah:

# Kesan ubat bius (terutama yang menerima bius penuh atau menyeluruh)

# Risiko berlebihan ubat bius (biasanya pada wanita terlalu gemuk yang diberi bius menyeluruh)

# Jangkitan pada luka pembedahan

# Luka pada organ bersebelahan rahim

# Kehilangan banyak darah

# Mual, muntah dan sakit kepala (disebabkan penggunaan ubat bius dan prosedur pembedahan)

# Luka lambat sembuh

# Risiko bekas luka pada rahim pecah pada kehamilan seterusnya

# Kematian (jarang berlaku. Bagi pembedahan yang dirancang, kadar kematian sangat rendah iaitu hanya enam dalam 100,000 pembedahan; manakala kematian akibat pembedahan kecemasan lebih tinggi iaitu 18 dalam 100,000 pembedahan bersalin)

# Mengehadkan saiz keluarga. Biasanya doktor hanya membenarkan seseorang wanita bersalin secara pembedahan tiga kali. Bagaimanapun, ada juga kes wanita dibenarkan mempunyai anak melebihi empat atau lima melalui pembedahan) jika dia menjaga kesihatannya dengan baik. Namun kes begini sangat jarang berlaku.

Ini untuk mengurangkan risiko parut pada rahim pecah. Apabila dibedah, dinding rahim ditoreh bagi membolehkan bayi dikeluarkan.

Luka meninggalkan parut. Bahagian berparut agak lemah dan boleh pecah. Sebab itu anda perlu memberitahu doktor jika pernah bersalin secara bedah apabila mengandung lagi.

Risiko pada bayi:

# Kecederaan ketika dilahirkan

# Perlukan penjagaan khas di unit penjagaan rapi

# Paru-paru tidak matang (disebabkan kesilapan pengiraan tarikh jangkaan kelahiran)

# Bayi tidak mendapat perlindungan yang diperoleh melalui bersalin normal

Pun begitu, bersalin secara bedah juga ada kelebihannya, iaitu wanita kurang berisiko mengalami masalah prolaps (rahim jatuh) dan tiada luka pada pintu rahim.

Penjagaan

Biasanya seseorang wanita dibenarkan balik ke rumah selepas tiga hingga lima hari dibedah. Kebanyakan wanita mengambil masa sekurang-kurangnya empat minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Bagi wanita bersalin normal, biasanya mereka dibenarkan balik pada hari pertama atau kedua selepas bersalin dan kembali meneruskan rutin hariannya selepas dua minggu.

Bagi masyarakat kita, wanita akan berpantang selama 44 hari untuk memastikan luka bersalin benar-benar sembuh dan kembali bertenaga.

Dr Noor Fidak berkata, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih penjagaan berbanding bersalin normal. Wanita perlu banyak berehat untuk mempercepatkan proses penyembuhan, tetapi ini bukan bermakna mereka boleh duduk goyang kaki sepanjang masa.

Wanita perlu berehat daripada melakukan kerja berat, tetapi pada masa sama kena banyak bergerak seperti berjalan di dalam rumah.

“Lebih banyak anda bergerak dan berjalan, luka pembedahan lebih cepat sembuh kerana ia merangsang aliran darah ke seluruh badan, termasuk di perut. Selain itu, jangan angkat barang berat, benda paling berat yang boleh diangkat ialah bayi.

“Boleh juga memakai bengkung ringkas untuk memberi sokongan kepada tulang belakang dan pinggul. Namun jangan pakai terlalu ketat sehingga boleh mengganggu aliran darah.

Lapik sehelai kain kapas di bawah bengkung untuk menyerap peluh dan mengelak jangkitan. Untuk pembedahan lain pun, wanita boleh pakai bengkung bagi merapatkan luka,” katanya.

Selain itu, perhatikan jika ada jangkitan (nanah) dan jika ada, segera ke klinik atau hospital untuk dibersihkan.

Wanita juga digalak menyusukan bayi secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan kerana proses ini juga boleh membantu mengecutkan rahim dan mengeratkan hubungan ibu dan anak.

“Menyusukan anak juga boleh menjarakkan kehamilan. Sebaik-baiknya jarakkan kehamilan kepada dua tahun tetapi jika mengejar masa, terutama bagi wanita berusia, anda boleh hamil setahun kemudian, tetapi dengan syarat anda perlu menjaga kesihatan dengan baik.

“Satu perkara penting yang perlu diingat ialah jangan ambil ubat sepanjang sembilan bulan hamil tanpa kebenaran doktor untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan dan komplikasi ketika bersalin.

“Jangan perjudikan nasib bayi dan diri sendiri dengan mana-mana ubat, termasuk persediaan tradisional atau alternatif walaupun didakwa ada banyak manfaat,” katanya.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Harian Metro

Friday, August 14, 2009

Jantina si kembar


Sebenarnya saya dan suami belum tahu akan jantina si kembar ni... rasa sangat teruja.. Nak tunggu jawapan dari bidan yang menyambut mereka nanti... Masa mengandungkan anak pertama dan kedua pun ... saya dan suami tak tahu akan jantina mereka..

Orang sekeliling saya dah mula meneka.. dan saya sendiri tak tahu nak teka apa? yang penting semuanya selamat... hati saya semakin berdebar... dah tak lama lagik..

Setiap kali buat scan.. saya tak tanya pasal jantina.. yang ingin saya tahu adalah perkembangan mereka.. Yang penting mereka dapat membesar dengan baik dalam perut saya ni.. risau jugak.. sebab perut saya lebih kecil berbanding dengan orang yang mengandung sorang...

Thursday, August 6, 2009

Minggu 36

Minggu ke 36.. check kat klinik... tak sukaaa... orang ramai sangat.. tunggu dekat kaunter giliran dah 1 jam... panas kerusi, kebas buntut, keras perut.. letih menunggu.. rasa nak baring jorr..

Orang ramai betul kat klinik.. penuh sesak .. masing2 nak dapatkan rawatan utk sakit demam batuk dan selsema.. wabak H1N1 yang makin menular..

Saya pun rasa tak selesa.. bila dikelilingi dengan keadaan yang macam tu.. bila orang sebelah batuk2 atau bersin.. lagik la.. Kena berjaga-jaga.. suspen saja..

Sambung cerita.. bila dah dapat nombor giliran... pergi ke makmal pulak... kerjanya tunggu lagikkk.. panggil nama... test urine.. tunggu... panggil nama.. test Hb.. tunggu.. Panggil nama.. ambik buku pink.. pergi ke bilik rawatan pulak.. tunggu lagik... Sepagi itu kerjanya adalah.. tungguuuuu... sabar... orang lain pun macam saya jugak.. kerjanya.. tungguuuuu...

Bila dak naik nombor.. berjalan lah saya terkengkang2 masuk ke bilik...
Dalam bilik .. macam biasa ambik tekanan darah.. okey.. tak da darah tinggi...
Timbang berat.. okey.. berat sudah 59kg..

Pergi baring... check perut pulak..
Degupan jantung baby pertama bunyi kuat sangat.. aktif bagaikan.. siap tendang2 lagi.. yang ini nakal sikit.. kedudukan kepala dibawah..
Baby kedua.. susah sikit nak cari.. bunyi degupan jantung sayup2 jer.. sampai nurse tu pun tak berapa pasti... Terpaksa la dia call nurse lain untuk mendapatkan kepastian... Datang nurse yang kedua.. check.. terus jer jumpa .. degupan jantung sudah kedengaran dengan jelas... sempat jugak dia tendang bila nurse tu tekan2 .. nak pastikan kedudukannya... yang ini kepala arah atas.. suka main pusing2 dan nyorok dalam perut... nakal jugak dia.. walaupun malu2..

Kesimpulannya.. kedua2 baby adalah aktif dan sihat.. Alhamdulillah..

Semalam tak jumpa dengan doktor... mungkin minggu depan kut.. mulai minggu depan.. tiap2 minggu kena pergi klinik...

Emmm....hari ketemu kamu makin hampir.. hati mama makin berdebar.. Akan merasai lagik akan kesakitan itu... suspen pulak rasanya..


Pantai Morib

Semalam lepas Asar.. suami terus ajak ke pantai morib... ada mood nak jalan katanya.. sebab cuaca agak mendung.. tak panas. Walaupun baru balik dari pejabat tak rasa letih.. Bila orang dah ajak.. ikut jer laa.. jangan banyak soal.. Tambahan pulak nak belanja makan ikan bakar .. tu yang best ...

Kat pantai keadaan sangat lengang .. yang ada hanya lah kaki pancing jer.. memang best... Kalau hujung minggu jangan harap la... banyak betul orang..

Menu makan semalam..suami yang oder... dia yang pilih ikan apa yang nak dibakar.. Susah sikit sebab suami ni jenis yang tak berapa makan ikan... kalau kat umah memang dia tak makan kalau ada lauk ikan.. kena masak lauk ayam baru makan..

Kalau dah jenis tak makan ikan.. memang tak kenal jenis ikan la.. main tanya kat tokey jer..




Ni ikan yang di oder.. tokey cakap ikan jenahak.. tapi nampak macam ikan merah.. entah la. saya pun kurang kenal jugak dengan jenis2 ikan ni... Makan saja la.. janji sedapp.. tak ada bau hanyir.. isi pun rasa manis...



Sotong bakar.. bakar sampai jadik arang..

Cicah dengan air asam ni.. memang sedap...



Sup sayur malas nak snap.. nak layan makan ikan bakar puas2..

Yang sangat tak best kat situ... dari dulu sampai sekarang.... langgau.. banyak sangat .. kalau makan mesti cepat.. tangan pulak kena aktif berkibas... kalau tak abis laaaa... Tak tak tahu la.. macam mana diorang buat bisnes..

Kecewa dengan keadaan kat situ.. walaupun setahun sekali pergi makan ... langgau tetap tak berkurang! Peniaga kat situ macam dah tak ambik kisah..


Wednesday, August 5, 2009

Bayi hancur dimakan biawak

Saya rasa nak termuntah bila baca berita ini.. manusia akhir zaman.. dah jadi macam orang arab jahiliah.. mengigil lutut saya..




KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

Sumber kosmo

Air selusuh


Air selusuh... orang kata dapat mengurangkan kesakitan dan memcepatkan proses kelahiran.. Tapi bagi saya .. tidak lah berapa setuju dengan kenyataan itu.. sebab masa mengandung anak yang sulung.. saya ada mengambil air selusuh.. Pada mulanya.. saya dan suami tidak berapa tahu mengenai air selusuh ni.. tapi masa kat kampung.. perut pun dah tujuh bulan lebih.. ayah bising -bising suruh ambil air selusuh.. siap dia bawak kitaorang pergi umah orang yang buat air selusuh tu.. (hehehe.. pelik sikit.. ayah yang bising .. bukannya emak.. ayah saya lebih cerewet berbanding emak)... Jadi masa tu baru kenal apa itu air selusuh...

Mengenai air selusuh tu.. saya pun mula meminumnya apabila semakin dekat dengan tarikh due.. tak lupa juga .. simpan sedikit untuk disapu pada ubun kepala masa tengah meneran.. ikut jer pesanan yang orang buat air selusuh tu ..

Bila sampai time nak beranak... sakit.. sama jugak.. 12 jam jugak la lamanya.. sampai dah tak ada tenaga nak meneran... bidan pun naik gelabah jugak .. 3 kali teran tak leh keluar lagi.. duk nampak ubun budak jer... saya memang dah macam nak angkat bendera putih jer..

Akhirnya.. bidan tanya.. ada minum air selusuh ker?? Kalau ada pergi ambik... Bidan tu cakap.. botol air selusuh tak boleh tutup.. masa nak bersalin... nanti baby susah nak keluar... Suami dah mula gelabah... sebab terlupa pulak nak bawa air selusuh kat hospital... Balik ambik pulak..

Sapu air selusuh kat ubun kepala... saya masih lagi cuba meneran sepenuh tenaga.. tapi macam tak nak keluar jer... Akhirnya .. terpaksa lah bidan tu menekan dengan kuat perut saya semasa tengah meneran... barulah baby keluar...

Baby boy tak da la besar sangat.. 2.9 kg jer... Biasa la anak yang pertama... tak ada laluan untuk keluar.. kena berusaha lebih sikit..

Masa anak kedua.. saya dah tak ambik apa-apa air selusuh.. banyak mengaji dan berdoa.. memohon dipermudahkan segalanya... Alhamdulillah.. sakit pun tak lama.. meneran pun tak lama... lepas bersalin dah boleh jalan... tak ada rasa lemah badan.. nak duduk menyusu pun tak sakit.. senang jer hati saya masa lahir baby girl.. berat hanya 2.5kg jer..

Sekarang pun saya tidak ambik air selusuh.. banyak mengaji dan berdoa.. Sentiasa ingat Allah dan berfikiran positif.. Insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar berkat doa suami, emak, mama dan kawan-kawan..

Sunday, August 2, 2009

Corak tidur bayi anda



UMUMNYA, semua bayi tidur sepanjang siang dan malam — hanya bangun untuk makan setiap beberapa jam. Jadi pasangan yang baru menjadi ibu bapa sukar menentukan berapa lama dan kerap bayi mereka perlu tidur.

Tiada kaedah khusus untuk menentukannya kerana bayi tidak mengetahui antara siang dan malam. Mereka sangka perlu tidur waktu siang dan kerap berjaga waktu malam! Namun secara purata, setiap bayi tidur antara lapan hingga sembilan jam waktu siang dan kira-kira lapan jam waktu malam.

Kebanyakan bayi terjaga beberapa kali pada waktu malam dan hanya selepas umur tiga bulan baru mereka tidur sepanjang malam.

Oleh kerana perut mereka kecil, bayi terjaga setiap tiga hingga empat jam. Bagaimanapun, jangan beri bayi anda tidur melebihi lima jam satu-satu masa ketika berumur antara lima hingga enam minggu pertama.

Sesetengah bayi yang dilahirkan pra matang perlu disusukan lebih kerap.

Perhatikan pada corak tidur bayi anda. Jika bayi anda biasanya tidur nyenyak dan bangun mengejut, ia mungkin menandakan si kecil mengalami masalah seperti jangkitan telinga. Tidur bayi juga boleh terganggu akibat perubahan perkembangan atau disebabkan rangsangan berlebihan.
Paling penting, jangan biarkan botol susu ada di mulut bayi anda ketika dia tidur kerana boleh menyebabkan jangkitan telinga atau tercekik.

Seperti orang dewasa, bayi menjalani beberapa fasa tidur. Bergantung kepada fasa tidurnya, bayi anda mungkin bergerak aktif atau baring tidak bergerak langsung.

Corak tidur bayi bermula ketika bulan terakhir kehamilan — tidur yang bergerak aktif dulu, kemudian diikuti dengan tidur tidak bergerak pada hujung bulan kelapan.


Jenis tidur bayi:

# REM (tidur mata bergerak) — Tidur yang tidak nyenyak iaitu apabila bermimpi dan mata bergerak ke depan dan belakang. Walaupun bayi tidur 16 jam sehari, separuh daripadanya dalam fasa ini. Kanak-kanak besar dan orang dewasa tidur lapan jam, tetapi tidur mereka tidak banyak fasa REM.

# Fasa bukan REM — Terbahagi kepada empat peringkat:

Peringkat 1 — mengantuk: mata tertutup, atau terbuka tetapi tertutup semula

Peringkat 2 — tidur belum nyenyak: bayi bergerak, terkejut atau terjaga bila ada bunyi

Peringkat 3 — tidur nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Peringkat 4 — tidur sangat nyenyak: bayi diam dan tidak bergerak

Pada permulaan tidur, bayi memasuki fasa 1, ke fasa 2, 3 dan 4 kemudian berbalik ke fasa 3, 2 dan ke REM. Pusingan ini berulang beberapa kali sepanjang dia tidur.

Ketika bangun, tahap bayi terjaga juga berbeza. Apabila bayi terjaga penghujung pusingan tidur, ini fasa terjaga yang sunyi. Bayi anda tidak bergerak, tetapi sudah bangun dan seolah-olah tenggelam dalam dunianya.

Ketika ini juga bayi anda mungkin kelihatan merenung sesuatu objek dan bertindak balas terhadap bunyi serta pergerakan, kemudian mereka bergerak aktif.

Selepas ini masuk ke fasa menangis. Badan bayi bergerak tidak tentu arah dan menangis dengan kuat. Bayi mudah mengalami rangsangan berlebihan ketika fasa menangis. Jadi pastikan anda menenangkan bayi dengan mendakapnya atau membedung (balut bayi dengan kain).

Beri susu sebelum bayi masuk ke fasa menangis kerana jika mereka sudah menangis, mungkin sukar untuk memberi susu. Pada bayi baru lahir, menangis menandakan mereka sangat lapar!


Membantu bayi tidur

Bayi mungkin tidak dapat membentuk corak tidur dan bangunnya sendiri; terutama ketika mahu tidur. Anda boleh membantu dengan mengenal pasti tanda mengantuk, mengajarnya untuk tidur sendiri dan menyediakan persekitaran selesa serta selamat untuk tidur.

Antara tanda bayi mengantuk ialah:

# Menggosok mata

# Menguap

# Kelihatan melihat objek yang jauh

# Meragam


Bagaimana anda boleh membantu bayi tidur:

Bukan semua bayi pandai tidur sendiri. Apabila tiba waktu tidur, kebanyakan ibu bapa cuba mendodoi atau memberi susu bagi membantu mereka terlelap. Langkah ini memang baik, tetapi pastikan bayi tidak tidur di tangan atau dalam dakapan anda kerana dia akan belajar bahawa untuk tidur, dia perlu ada dalam dakapan.

Apabila bayi terjaga daripada tidur, dia mungkin tidak dapat tidur balik dengan sendiri. Kebanyakan pakar menyarankan untuk mendakap bayi hingga dia mengantuk dan kemudian letakkan bayi anda di katilnya ketika dia masih terjaga. Kaedah ini membolehkan bayi belajar untuk tidur. Memainkan muzik lembut dan perlahan apabila anda lihat bayi mulai mengantuk juga boleh membantu mereka tidur.

Corak tidur yang sesuai untuk bayi

Selama bertahun-tahun bayi di Amerika Syarikat ditidurkan dalam keadaan meniarap. Di kebanyakan negara lain, bayi ditidurkan secara terlentang. Bagaimanapun, kajian mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan tidur meniarap. Kini pakar sependapat tidur terlentang lebih selamat untuk bayi.

Kadangkala boleh tidurkan bayi dengan cara mengiring, tetapi ia juga dikatakan berisiko tinggi berbanding tidur terlentang. Pakar melaporkan, tilam yang terlalu lembut, cadar yang boleh bergumpal dan selimut terlalu tebal (menyebabkan kepanasan) juga boleh mengakibatkan SIDS. Namun apabila mereka bangun, bayi boleh diletakkan dalam keadaan meniarap bagi merangsang pembentukan otot, mata dan mengelak belakang kepala menjadi leper. Jika bayi ditidurkan meniarap, mereka juga akan diletakkan di atas tilam lembut, jadi risiko SIDS semakin tinggi. Malah, ibu merokok juga sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat SIDS.

Sejak Akademi Pediatrik Amerika menyarankan semula bayi ditidurkan secara terlentang pada 1992, kes SIDS menurun lebih 40 peratus.

Tidur terlentang mempunyai banyak kebaikan lain. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bayi yang tidur terlentang mudah muntah atau muak, sebaliknya mereka mudah tercekik jika tidur meniarap.


Saranan menidurkan bayi:

# Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut dan dipasang dengan cadar yang tidak mudah tertanggal

# Alihkan bantal, selimut, mainan atau barang lain yang lembut daripada katil bayi

# Guna kain selimut yang khusus untuk bayi (ia berbentuk sarung kecil yang direka khusus untuk bayi, dipanggil ‘sleeper’) berbanding selimut biasa

# Jika menggunakan selimut, pastikan hujung kaki bayi dekat dengan hujung tilam. Pastikan panjang selimut hanya sampai ke dada bayi dan sisipkan selebihnya di bawah tilam dengan kemas

# Pastikan kepala bayi tidak tertutup sepanjang masa dia tidur

# Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, tilam yang terlalu empuk, bantal atau permukaan lembut lain

Malah, banyak pendapat mengatakan tidur bersama bayi juga boleh mencetuskan keadaan berbahaya kerana bayi boleh tertindih. Justeru, ibu bapa disaran:

# Letakkan katil bayi berhampiran katil ibu bapa supaya mudah disusukan dan mengeratkan hubungan antara anak dan ibu

# Jika ibu memilih untuk tidur bersama (supaya mudah disusukan), pastikan bayi tidak ditidurkan dalam keadaan meniarap, jauhkan selimut dan jarakkan katil dari perabot atau dinding bagi mengelak bayi anda tersepit di celahnya

# Jangan benarkan adik beradik atau orang dewasa lain (selain ibu dan bapa) tidur bersama bayi

# Ibu bapa yang memilih untuk tidur sekatil dengan bayi perlu berhenti merokok dan tidak minum kerana ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk terjaga dengan cepat

# Untuk mengelak bayi terlalu panas, pastikan dipakai baju nipis dan tetapkan suhu bilik pada keadaan selesa. Dari semasa ke semasa, periksa dahi bayi anda bagi mengetahui dia tidak terlalu panas.

sumber harian metro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails