Minggu 35

Semalam pergi check kat hospital.. tapi saya rasa macam tak best jer.. sebab dapat doktor lain.. lama jugak dia duk scan perut saya... entah sampai berapa kali perut saya duk mengeras.. sampai tangan doktor tu pun leguh jugak.. susah nak dapat ukuran setiap baby.. baby pulak asyik bergerak..

huhuhuk.. risau hati saya.. sebab doktor tu duk buat muka macam risau jer... banyak kali dier tanya saya.. betul ker tarikh due ni? awak pasti ker?.. Memang la saya pasti... sebab saya selalu catit tarikh period saya setiap bulan...

Doktor tu cakap... baby kecik sangat.. hanya ada sedikit peningkatan.. tak sampai berat 2 kg lagi.. berat ke dua2 baby tak jau beza..

Boleh doktor tu tanya kat saya.. awak pasti hanya ada dua baby.. bukan 3.. ayoyo doktor buat lawak ker... 2 pun dah macam tak muat? Sempot saya.. cakap pun dah tercungap2 penat.. banyak orang dah tegur saya.. bila dengar suara saya.. bunyi macam penat jer? Memang pun saya penat dan sangat sempot..

Ukuran yang doktor tu ambil macam tak betul jer.. mana taknya.. sepatutnya second baby lebih berat dari first baby... tapi sebaliknya.. dah tu.. kurang pulak dari ukuran 2 minggu lepas...

Malas saya nak fikir banyak.. bertambah penat... Minggu depan ada lagi perjumpaan dengan doktor.. tapi kat klinik pulak.. dengar apa yang doktor tu nak cakap..

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Nak mengeluh sikit kat sini.. kaki saya selalu kejang.. nak2 time tengah baring.. sakit tok sah nak cakap.. memang sedap sangat.. Malas nak mengeluh kat suami... asyik mengeluh benda yang sama jer.. bosan jugak.. biasa la adat ibu mengandung.. mesti ada sakit2 badan.. ini semua dugaaaannnn... Ayat nak pujuk hati sendiri..


Tag zaman kanak-kanak Uda

Menjawab tag dari mamalieya.. maaf mama.. terlewat sikit.. tak perasan.. sebab minggu ni kurang jalan2 kat blog kawan.. saya sakit pinggang!

Mula2 letak gambar zaman kanak-kanak..

Okey laa.. saya letak gambar ini.. coz ini ajer yang ada .. yang lain kebanyakkannya dah blur..
umur masa ini 5 tahun.. sangat teruja.. sebab first time tangkap gambar kat studio.. bila cina tu cakap 1,2,3 senyum.. terus automatik saya kembang lubang idung.. sangat bijak kan kan..





20 perkara masa zaman kanak-kanak.. Amboi banyaknya.. mujur tak 100..

1. Lahir pada tahun 1979.. kat umah di kampung Behor Empiang (mahu tergeliat lidah nak sebut) Nama kampung agak aneh sikit.. almaklum la.. negeri atas kayangan..

2. Tak pernah masuk tadika.. terus masuk darjah satu.. maka teramat la jakun saya pada masa tu.. baru nak kenal kawan..

3. Suka mengail ikan kat bendang... masa banyak habis kat bendang..

4. Suka menangkul udang bendang... kat dalam parit besar tepi jalan..

5. Masa sekolah rendah.. tak tahu kenapa perlu ke sekolah..

6. Tak pernah buat homework.. exam pun tak pernah ambil kisah.. saya dengan dunia saya..

7. Akibatnya saya sentiasa dapat nombor satu dari belakang..

8. Pergi ke sekolah jual kerepek ubi kayu.. hasil jualan saya dapat beli sepasang jam tangan.. suka nyaaaa...

9. Pergi kesekolah kayuh basikal.. masa darjah 4..

10. Pernah emak potong rambut saya.. jadi macam rambut Abu Bakar Elah.. habis la saya kena ejek ngan budak lelaki masa kat sekolah.. diorang cakap.. cam rambut tempurung kelapa.. panas jer telinga..

11. Tak suka pergi mengaji.. sebab tok guru tu garang sangat.. selalu saya kena gertak ngan rotan.. kecut perut saya.. airmata ngan idung turun macam ujan

12. Selalu ikut ayah pergi pasar malam.. naik motor ada tank kat depan..

13. Rapat dengan ayah.. ayah selalu bawak saya jalan2.. berbanding adik beradik yang lain.

14. Suka tengok gusti dengan ayah.. tapi sebenarnya saya tidur depan tv.

15. Masa darjah satu dah pandai basuh kasut sekolah sendiri.. sebab masa tu emak baru dapat baby ... ada rasa sedikit jeles..

16. Rapat dengan kak long dan bermusuh dengan kak ngah.. tak tahu kenapa jadi macam tu.. masa zaman kanak-kanak jer.. sekarang tak.

17. Suka nak simpan rambut panjang.. tapi mak tak kasi takut kena kutu..

18. Masa zaman kanak-kanak.. jarang sangat saya makan nasi.. tak tahu makan apa.. perut rasa tak lapar jerr.. sentiasa kenyang..

19. Masa darjah 5 dah pandai pergi hospital sorang diri.. untuk sakit gatal2 kulit.. maklum laa saya suka main lumpur..

20. Yang paling teruk.. saya tak pulangkan 2 buah buku cerita dari perpustakaan awam dan 2 buah buku dari perpustakaan bergerak.. mujur chek tak kena saman.. kalau tak jenuh nak membayar.. turun naik mahkamah lol...

Minggu 34

Minggu ke 34.. minggu yang tak berapa sihat... minggu sakit pinggang yang teramat sangat..duduk sakit, baring sakit.. berjalan lagik rasa sakit... takut pulak rasanya.. macam nak datang period jer.. mujur tak ada apa-apa tanda.. tapi alhamdulillah baby dalam perut aktif macam biasa... saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba sakit pinggang yang melampau.. tak dak la pulak buat/angkat benda yang berat-berat..

Sampai rasa nak deman.. siap muntah-muntah lagi... tapi mujur la sehari jer.. keesokkannya dah kebah.. last time rasa sakit macam ni masa perut 4 bulan.. Selera makan pun agak berkurangan pada minggu ni..

Citer pasal pergi klinik hari tu.. boring sungguh.. ramai sungguh ibu mengandung... lenggoh jugak lak bontot menunggu... Masa check tu saya rasa sikit risau.. sebab dalam masa seminggu tu.. berat badan saya tak naik.. sama macam timbang kat hospital.. Tapi nurse tu kata.. tak payah bandingkan dengan check kat hospital... klinik ngan klinik jer... Nurse tu pun cakap okey.. lega sikit hati saya...

Saya risau sebab.. kalau berat badan tak naik... macam mana berat badan baby nak naik.. takut mereka tak dapat membesar... Tapi saya pujuk hati supaya bersabar... hari khamis ni.. ada checkup kat hospital.. ambil ukuran baby... nanti boleh tahu akan peningkatan mereka..

Semoga kedua-dua baby membesar dengan baik.. seisi keluarga tak sabar menanti kehadiran mereka..

P/s Entri kali ini tiada photo.. agak membosankan!

Cekodok udang?

Selalunya orang buat cekodok pisang.. tapi saya buat cekodok udang.. Ni suami la yang punya pasal.. dia tak suka makan cekodok pisang.. nak makan cucur udang tapi tak suka buat besar-besar.. Suruh buat kecik-kecik.. Udang pulak nak isi jer.. potong kecik-kecik..

Kalau dah macam tu syaratnya.. maka jadi la macam ni.. kena jemput kecik-kecik... Tak pa .. janji dia makan sampai habis.. sejuk hati saya..

Cekodok udang yang memang buruk gupanya... makan cicah ngan sos tomato.. sambil minum kopi panas... saya minum susu jer..




Kakak tengok ghupa cekodok terus tak da mood nak makan .. dia mintak nak makan koko krunch jer.. tahu pun takut..

Kalau dah lapar

Selalunya saya sekeluarga makan malam pukul 6 atau 7 malam... jarang makan lepas dari pukul 8.. kecuali kalau makan kat luar, mesti lepas waktu isyak.. kalau terlambat pun tak la rasa risau terlepas waktu sembahyang...

Tapi biasa laa.. kalau makan malam awal ni.. lewat malam mesti rasa lapar lagik.. selalunya layan perut dengan biskut atau roti.. celop milo panas..

Tapi semalam macam rajin sikit.. dan nak abiskan spageti yang separuh tu..

Buat spageti goreng sepinggan untuk suami sebab dia tak suka yang letak sos tomato prego tu... dia nak macam yang macam kat keros kebab tu.. tapi tak da pulak sos lada hitam.. jadik kureng gituu.. tapi bila lapar... wokey ajer..




Yang kakak pulak tak suka masak macam tu... dia suka yang letak sos tomato prego tu.. jadik buat pulak sepingang... kongsi ngan mama dia ni..




Macam makan kat kedai jugak.. masing-masing oder ikut selera sendiri.. mujur la saya ada mood time tu.. kalau tak.. terima lah seadanya..

Alah susu lembu



BAYI dan kanak-kanak kecil juga boleh mengalami alahan pada susu lembu. Ia adalah alahan makanan yang paling biasa berlaku pada kanak-kanak kecil tetapi berita baiknya, masalah ini akan hilang perlahan-lahan apabila mereka berumur dua atau tiga tahun.

Dalam tempoh itu, ibu bapa yang mempunyai anak alah pada susu lembu tidak perlu terlalu risau kerana tiada rawatan untuk ‘menyembuhkan’ masalah ini tetapi gejalanya boleh dikawal dengan memberi makanan bebas susu. Alahan pada protein susu lembu (CMPA) berbeza dengan tidak toleran laktosa.

Susu mengandungi protein, karbohidrat atau gula, lemak, vitamin, mineral dan air. Protein susu inilah yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Alahan pada protein susu boleh berlaku pada kanak-kanak yang diberi susu badan dan susu formula.

Bagaimanapun kanak-kanak yang diberi susu badan jarang mengalami masalah alahan makanan. Namun mereka masih boleh alami alahan apabila badan mereka bertindak balas terhadap protein susu lembu (daripada makanan ibu) yang masuk ke dalam susu badan.

Dalam keadaan lain, sesetengah bayi menjadi sensitif terhadap protein susu lembu yang hadir dalam susu ibu, tetapi mereka tidak akan alami alahan sehinggalah meminum susu lembu (susu formula berasaskan susu lembu).



Gejala CMPA

Bayi CMPA boleh alami beberapa gejala pada satu masa seperti:

# Ekzema atau ruam kulit

# Sakit perut

# Muntah

# Cirit birit

# Meragam

# Berat badan tidak bertambah dan jika ada terlalu sedikit

# Banyak angin dalam perut

# Sukar bernafas

Walaupun selesema adalah masalah biasa pada kanak-kanak, mereka tidak sepatutnya alami masalah kesukaran bernafas akibat pengumpulan mukus (cecair atau lendir) pada hidung dan tekak. Bagi sesetengah bayi, masalah ini disebabkan tindak balas terhadap protein susu lembu. Bayi CMPA juga biasanya turut berhadapan dengan masalah kurang zat. Antara ciri yang boleh diperhatikan ialah kekurangan air dalam badan, tiada selera makan dan menyusu dan tidak bertenaga. Kesannya, pembesaran mereka terjejas. Malah mereka juga boleh alami alahan yang lebih teruk dipanggil anafilaksis, bagaimanapun keadaan ini jarang terjadi.

Bagi kes anafilaksis, gejala boleh timbul dalam masa beberapa minit selepas minum atau makan makanan yang mereka alah. Gejala paling serius ialah bengkak pada muka, mulut dan lidah yang menyebabkan pesakit sukar bernafas. Selain itu ruam yang gatal, kulit merah dan muntah adalah gejala anafilaksis juga boleh berlaku. Jika anak anda menunjukkan gejala ini, dapatkan bantuan secepat mungkin kerana ia boleh membawa maut.

Pengesahan alahan CMPA

Untuk pengesahan anak anda alami CMPA, ada dua perkara yang perlu dilihat iaitu:

Pertama, alahan pada susu lembu bukan satu-satunya penyebab kepada sakit perut, ekzema, ruam, muntah, cirit birit atau bayi tidak berhenti menangis. Gejala ini juga boleh disebabkan perkara lain yang memerlukan rawatan.

Kedua, bahaya reaksi anafilaksis. Jadi, sangat penting untuk doktor anda mengesahkan bahawa anak anda memang alami alahan pada protein susu lembu kerana jika ya, anda perlu memastikan si kecil tidak diberikan semua susu, produk susu dan makanan mengandungi susu.

Oleh kerana setiap kanak-kanak adalah unik, seseorang bayi yang disyaki alami alahan susu perlu diberikan penilaian perubatan, pelan perubatan dan rawatan susulan khusus. Anda perlu mengubah diet jika memberikan anak susu badan atau menukar susu formula untuknya.

Dalam kes tertentu, doktor akan menyarankan anda untuk menghentikan pemberian susu selama sebulan. Selepas tempoh ini berikan susu kepada anak dan lihat jika dia alami gejala alahan. Malah doktor juga mungkin merujukkan anak anda kepada pakar alahan untuk menentukan punca sebenar kepada gejala alahan yang si kecil alami melalui ujian pada kulit atau ujian darah.



Rawatan

# Untuk bayi yang diberikan susu badan tetapi alami alahan CMPA: Anda tidak perlu menghentikan pemberian susu badan kerana ia adalah makanan terbaik untuk bayi. Malah gejala alahan ini akan hilang jika anda menghentikan pengambilan produk mengandungi susu lembu. Dapatkan nasihat doktor mengenai diet bebas susu yang sesuai untuk anda.
# Untuk bayi yang diberikan susu formula: Doktor akan menyarankan anda untuk bertukar kepada susu formula berasaskan soya atau hidrolisat. Elak memberi anak semua jenis susu formula berasaskan susu lembu, tidak kira apa jenamanya.

# Jika anak anda disahkan alami alahan susu yang teruk: Doktor akan beri ubat khusus sebagai tambahan kepada diet bebas susu lembu. Ubat ini seperti antihistamin atau epinefrin perlu digunakan mengikut arahan iaitu hanya apabila anak anda tersilap mengambil produk mengandungi susu lembu dan menunjukkan reaksi alahan.


Bila bayi boleh memulakan semula produk susu?

Apabila anak anda semakin membesar, anda boleh memperkenalkan semula susu lembu ke dalam dietnya - selepas mendapat nasihat doktor atau pakar alahan. Walaupun secara umumnya masalah ini hilang apabila kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun, tetapi keadaan setiap orang berbeza. Ada yang cepat dan ada pula yang masih alami alahan walaupun sudah berumur lima tahun.

Doktor anda mungkin menyarankan supaya anak anda diberikan diet bebas susu sekurang-kurangnya bagi 12 hingga 18 bulan pertama. Anak anda akan diuji semula setiap enam bulan sehinggalah doktor mengesahkan anak anda tidak lagi alah pada susu lembu. Sebaik doktor memberi pengesahan ini, patuhi saranannya untuk memasukkan semula semula susu ke dalam diet anak.

Jangan cuba-cuba memberikan anak susu lembu tanpa kebenaran doktor. Jika anak anda menunjukkan gejala anafilaksis selepas diberikan susu atau produk mengandungi susu, jangan sekali-kali cuba memperkenalkan susu kepadanya sehinggalah disahkan dia bebas daripada masalah ini. Biasanya proses untuk memperkenalkan semula susu kepada kanak-kanak yang ada masalah anafilaksis dilakukan di hospital.


Jenis makanan yang perlu dielak

Apabila anak anda mula makan makanan pejal, berhati-hati supaya makanannya tidak mengandungi sebarang bentuk susu lembu. Antara produk yang perlu dielak ialah:

# Semua jenis susu atau makanan mengandungi susu lembu (susu skim, tepung, pepejal atau sejat)

# Keju, dadih keju, dadih dan aiskrim

# Mentega, mentega susu, marjerin yang mengandungi susu

# Produk soya yang mengandungi susu lembu. Banyak produk soya yang ada di pasaran seperti manisan soya mengandungi sedikit susu lembu. Jadi, pastikan anda membaca label sebelum membeli.

# Bijirin campur yang mengandungi susu tepung

# Semua produk yang mengandungi kasein (dieja casein), kaseinat (caseinate), sodium atau kalsium kasinat, laktalbumin atau whey. Ia menandakan kehadiran protein susu

# Susu bebas laktosa

Walaupun anak anda alah pada susu lembu, tetapi kajian menunjukkan kanak-kanak begini jarang-jarang alami masalah apabila makan daging lembu. Jadi anda boleh memasukkan daging ke dalam diet si kecil.

Sumber Harian Metro
Pakar Kanak-kanak:
Bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir

Nasi beriani kari kambing

Nasi beriani kari kambing... ni wajib makan... teringin sangat .. takut kempunan pulak... Memang minat sangat ngan kari kambing... bau mengancam gitu.. hehehe.. mungkin sebab saya lahir tahun kambing kot... tu yang gemar sangat...

Makan kat restoran hamid kat metro kajang.. dulu masa first dating ngan suami pun makan kat situ.. ada kenangan laa.. kui kui kui.. tak romantik langsung kan... first dating makan kat kedai mamak...



Licin sepinggan saya makan.. rasa macam nak tambah lagi pulak..

Lepas dah makan kambing.. rasa panas gitu.. nak pula makan benda yang sejuk.. sambil jalan-jalan makan sundae.. tapi rasa macam tak puas gitu.. Last2 naik kat food court atas.. oder ABC.. tengok gambar kat menu dier... rasa macam nak meleleh jer air liur...

Tut.. tut.. bila sampai... macam ni ghupa dier.. huhuhuk sedih.. tak nampak gula sirap dier.. mana ni??.. Tapi abis jugak saya belasah.. suami pun tumpang sama.. sambil mulut bising2.. dia takut saya deman pulak..



Lepas ni lama laa.. nak boleh makan ABC..

Makan malam di Dengkil

Semalam keluar makan kat Dengkil.. Bosan asyik makan area putrajaya, bangi, kajang... jadik semalam sampai la ke dengkil... Tak meriah sangat kat situ.. banyak kedai makan tutup.. ingat kan nak makan kat satu medan tu.. nampak tempat tu macam menarik .. tapi tutup la pulak.. Jadi rancangan asal dah tersasar... jadi nampak jer kedai makan yang ada ramai orang.. kita orang pun singgah lah... biasala.. tanggapan.. kalau ramai orang mesti masakan kat situ sedap... huhuhuk.. tapi tak semestinya.. mungkin dah tak da pilihan.. banyak kedai dah tutup.. tu jer yang bukak! Macam kes saya la kot..

Kami sekeluarga makan kat bahagia luar.. gelap la sikit.. nyamuk pun banyak jugak.. Malas nak masuk kat dalam.. sebab anak saya yang laki tu... buas sikit.. nanti banyak hal yang dia bikin.. Tu pun dah mula buat perangai.. sebab tunggu oder lama sangat.. dia dah ajak balik.. dah kehulu kehili.. sampai kaki kena gigit ngan semut api.. baru dia reti duk diam.. gatal.. duk mengaru pulak!

Emmm.. macam dah serik makan kat situ... lambat sangat.. anak-anak pun dah bosan.. saya pun.. suami pun dah lapar..

Mehh layan gambar makanan yang kami oder semalam..


Ikan siakap 3 rasa.. macam lebih dari 3 rasa jer.. Tak nampak ghupa ikan.. gelap sangat.. main snap jerr..




Kerabu daging... Sebenarnya oder kerabu udang.. tapi ini yang sampai... malas nak komplain.. nanti lagi lama kena tunggu... makan jer labuuuu...



Sayur campur.. macam kesian saja saya tengok sayur ni..



Tapi apa-apa pun.. alhamdulillah.. kenyang.. habis licin semuanya...

Sebelum balik.. pusing-pusing cyberjaya.. boleh tersesat banyak kali.. asyik jumpa jalan mati jer.. tak jumpa jalan keluar ke putrajaya.. tak ada signboard.. jenuh memusing..


Asid folik kurang risiko kecatatan bayi


ASID folik adalah sejenis vitamin B. Terdapat 12 jenis vitamin B. Asid folik dilaporkan dapat menurunkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang (sistem tiub neural) janin atau bayi sehingga 80 peratus.

Ini adalah penurunan risiko yang besar.

Pembentukan otak (dan organ lain) janin berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan (12 minggu ke bawah). Apabila seseorang disahkan hamil melalui ujian air kencing, usia kandungannya sudah pun lima minggu.

Doktor lazimnya menasihatkan wanita mula mengambil pil asid folik sebanyak lima miligram atau sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari seawal sebulan sebelum memulakan kehamilan.

Secara praktiknya memandangkan kita tidak pasti bila kita akan hamil, maka pengambilan pil asid folik elok dimulakan bila-bila masa sama ada sebulan sebelum perkahwinan atau sebulan sebelum menghentikan pengambilan kaedah mencegah kehamilan.

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan berkaitan seperti bayi tanpa tempurung kepala (anencephaly), asid folik, elok diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kehamilan.

Pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen berkaitan dapat memberi sumber makanan optimum kepada janin anda, tanpa menunggu sehingga selepas kelahiran.

Selain itu, tidak salah jika anda ingin meneruskan pengambilannya kini. Kajian juga ada melaporkan kebaikan lain asid folik seperti mengurangkan risiko nyanyuk apabila berusia lewat kelak.

Vitamin B pula seperti vitamin C iaitu bersifat larut air, pengambilan dalam dos berlebihan akan bersifat membazir kerana ia akan keluar di dalam air kencing atau najis. Anda juga dinasihatkan mendapat nasihat doktor anda sebelum pengambilan suplemen lain.

Sumber Harian metro
PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat

Masakan mama

Lama dah tak rasa masakan emak di kampung... rasa rindu pulak.. tapi terubat juga rasa rindu tu.. kat sini dapat rasa masakan mama aka mak mertua.. Kalau dari air tangan sorang ibu.. tak kira laa.. emak sendiri ker atau mak mertua.. rasa dia memang sedappp.. walaupun masak jenis yang simple jer... inilah yang dikatakan berkat air tangan sorang ibu... ada nikmatnya disitu..

Mama masak simple jer.. Tak ada minyak tak da kolestrol... masakan orang tua-tua.. mesti jaga kesihatan.. jaga pemakanan takut darah tinggi naik. Masak singgang ikan kembong.. saya suka hirup kuah singgang.. rasa serai.. besss.. sayur air bayam.. bagus untuk tambah darah.. pembekal zat besi.. baik untuk ibu mengandung.. .





Lauk daging kicap.. goreng garing... Ini wajib ada.. sbab anak mama aka cik suami suka makan daging..




Ada pula sambal buah machang.. Bau machang.. tok sah nak cakap.. semerbak jer.. boleh join dengan durian!



Saya pun ada tolong mama masak jugak.. hehehe.. goreng ikan jerr...



Semuanya habis licin lol..

Minggu ke 33

Semalam saya ada checkup kat hospital.. macam biasa.. jumpa doktor... dan dia pun terus scan perut.. ambil ukuran baby.. Tengok pembesaran baby... senyum jer doktor tu.. sebab semuanya berkeadaan baik.. pembesaran baby yang memberangsangkan serta kondisi mak baby yang sihat.. tiada sebarang masalah.. Alhamdulillah...

Kedudukan kedua2 baby adalah... kepala kebawah.. sudah berpusing... He he he.. diorang asyik main pusing-pusing.. sementara masih ada ruang untuk berpusing... emmm.. suspen saya rasa.. apa kesudahannya kedudukan mereka nanti..

Berat saya dalam seminggu ni.. naik 1.4 kg.. maka sekarang ni.. berat mak buyut ni sudah 57.9kg..

Berat 1st twin adalah 1559g iaitu peningkatan sebanyak 449 g dalam tempoh 2 minggu.. manakala berat 2nd twin 1716g iaitu peningkatan sebanyak 446g.. Cepat betul mereka membesar..





Tunggu 2 minggu lagi untuk temujanji seterusnya.. tak sabar saya nak tengok perkembangan mereka.. makin membesar!

Serawa durian

Baru-baru ni terasa nak makan pulut ngan durian... emm.. bayangkan.. betapa sedapnya makan durian yang isinya kuning dengan pulut.. letak pulak santan pekat... fuhh.. marbeles.. menjilat jari.. orang lalu pun tak nampak... Tapi tak da sampai kategori mengidam tu.. rasa jerr.. lepas tu dah lupaaa..

Tapi kebetulan pulak.. semalam.. mama masak serawa durian untuk kita orang... haaa macam langkah kaki kanan.. macam tahu-tahu jer yang saya ada rasa nak makan pulut durian...




Apa lagi.. laju la saya makan.. tapi tak la sampai bertambah.. kerana esok tu .. ada checkup kat hospital.. biasa la.. kena test urine.. keh keh keh .. kang nanti ada yang kencing bau durian lol..

Sampan dalam peti separuh... balik hospital.. saya pulun lagi.... emmmm sedappp..

Sotong Vs Pari

Sekali sekala.. dapat makan macam ni memang sedap.. tak tahu pulak apa jenis masakan ni.. Sambal dia nampak banyak cili macam pedas.. tapi tak pedas pun.. Tak tahu pulak apa resepi dia tarok kat dalam sambal tu.. rasa sedap sangat.. sekali makan rasa nak makan lagi.. keh keh keh tak kan letak daun ketom pulak..

Sampai suami buat lawak.. pergi laaa.. tanya kat tukang masak dia.. nanti boleh try masak kat umah.. kah kah kah.. nanti kan ada yang pedih bijik mata..

Sotong ooo.. yang.. emm.. banyak jugak kuantitinya, untuk seorang makan... puas hati.. Rega murah jer.. 5.50 jer sepinggan siap dengan nasi putih..




Pari pun sama rega jugak.. manis isi pari tu dan tak da bau laa.. Laju saja saya makan..





Sebenarnya ni.. makan kat food court tesco..
Kanak-kanak rebena yang 2 orang tu.. saya dah kasi makan kat umah... jadi diorang dah kenyang so main buas kat play ground.. sambil makan sambil saya menjeling kat play ground diorang.. ni yang senang makan kat sini.. sambil makan sambil tengok anak-anak..

Pasar malam

Petang semalam saya ke pasar malam.. boring sangat duduk kat umah.. kononnya temankan suami la.. Anak-anak pun suka dapat jalan petang... Tapi gimik saja... bila sampai kat pasar malam.. suami jer yang pergi membeli... saya memang malas nak turun kete... jadik saya dan anak-anak tunggu dalam kete jer...

Leceh betul kalau bawak anak-anak... dengan keadaan yang sesak.. nak lintas jalan pun susah... anak-anak pun agak nakal.. tambahan si abang.. susah benar nak dengar arahan.. kesana kesini menonong jer.. takut hilang pulak.. baik jangan cari pasal.. Nantikan ada yang menanggis tak berlagu.. yang kakak okey sikit..

Sebenarnya.. bagus jugak.. kalau suami jer yang pergi membeli... cepat jer.. beli apa yang nak jer.. tak da lama bebenor macam org pempuan ni... tengok sana.. tengok sini.. semua nakkk.. tapi yang beli tu sikit jer..

Kalau kepasar malam.. tentulah beli makanan.. suami ngan feberet nasi ayam.. saya pulak tentulah laksa..


Ghupa laksa pasar malam.. saya kongsi dengan kakak.. dia pun minat jugak.. Memang tiap-tiap minggu saya makan laksa.. nak makan puas-puas.. biar sampai jemu.. Sebab nanti lepas bersalin dah tak boleh makan.. saya tidak akan makan laksa selama setahun.. ikut nasihat mak.. sebab tak nak urat kembang..


keropok lekor yang kurengg ikan..


Rambutan yang masam manis..



Persediaan barangan bayi

Persediaan barangan baby adalah sederhana sahaja.. beli yang mana patut jer.. yang penting jer.. Baju pun beli tak banyak helai.. Sebab dah banyak baju abang dengan kakak.. nak recyle jer balik.. lagi pun masih elok dan molek lagi untuk di pakai.. Tak baik membazir.. membazir itu adalah amalan syaitonnnn... suami yang cakap... Pada hal... kempes kocek abang ni.. keh keh keh.. macam la ayang tak tahu.. cik abang akan mengigil kepala lutut kalau ayang ajak gi sopping..

4 pasang baju baru untuk menyambut 2 orang baru.. sorang 2 pasang.. dah masuk dalam beg.. Mama kamu beli yang simple jer.. sebab mama kamu tak tahu.. kamu ni lelaki atau perempuan.. Nanti raya kita beli lagi baju baru.. ikut yang mana kamu berkenan.. kononn..




Satu kotak barangan bayi.. segalanya ada..




Minggu ke 32

Hoyehhh... dah masuk minggu ke 32.. makin membuyut.. jalan pun dah macam penguin..
Hari rabu pergi check kat klinik.. semuanya okey.. kedua-dua baby sangat aktif dan sihat.. Berat mak budak ni naik lagi 900g dalam masa 1 minggu.. jadik sekarang sudah 56.5kg.. kah kah kah.. belekuk tilam bila duduk.. sampai si suami pun kagum melihat keadaan si bini yang dah jadi macam ikan paus... tu la pasal.. salah siapa?

Tekanan darah normal.. hari tu tak kena check Hb.. maka selamat jari dari kena cucuk.. check urine jer.. Keadaan baby adalah.. sorang kepala kebawah dan sorang kepala di atas.. masih sama macam minggu lepas...

Nurse dah suruh packing beg.. baju baby dengan baju mak budak.. tak lama lagi nak gi holiday.. tidur hotel.. pada bila-bila masa jer.. besss jer bunyi nyer.. (dah siap packing.. duk tersadai kat bilik.. tinggal tunggu waktu nak angkat masuk bonet)

Mula menanda carta pergerakan baby.. dari pukul 9 am hingga 9 pm.. mesti cukup 10 kali pergerakkan.. kalau tak cukup.. cepat-cepat ke hospital!



Dah sihat tapi ..

Alhamdulillah.. selsema dah lega.. batuk jugak sudah berkurangan.. kadang-kadang jer.. rasa panas jer bijik mata ni.... mungkin keadaan cuaca yang panas walaupun nampak mendung.. yang pasti bukan salah ibu mengandung..

Tapi sekarang ni.. rasa sakit lain pulak.. senggal seluruh badan.. Paling sakit kat pangkal paha dengan tulang pinggul... nak gerak.. haduhhh.. rasa tak tahan sangat sakit yang amat.. rasa macam baru lepas kena raging..

Kalau duduk pulak.. pantang lipat-lipat kaki.. cepat sangat nak kebas... dah tu lama nak hilang.. Kaki tak bengkak.. tapi rasa macam tebal semacam jer.. bila jalan rasa macam ada benda menyucuk jer.. Hari tu masa nak beli sandal.. jenuh duk menerai.. saiz dah okey tapi tali sendat sangat... yer la.. kaki dah jadi macam big mc..

Banyak betul dugaan mengandung kali ni... walau apa pun.. saya terima dengan hati yang ikhlas dan akan menikmati kesakitan ini dengan penuh kesabaran... sebab ini semua dari Allah.. kerana Dia dah beri rezeki yang tak terhingga kepada saya..

Tak sihat

Aduh.. sangat letih hari ini.. dah kena selsema.. hidung asyik duk berair jer... bila nak terbersin.. aduh tu yang paling tak sanggup... sakit kat ari-ari dan bahagian perut.. Mata rasa panas dan merah jer.. Badan tak pulak panas sangat.. rasa seram sejuk jer.. kadang-kadang berpeluh..

Memang letih.. rasa hati nak baring jer.. tak nak bangun.. Tapi.. budak dua orang kat umah ni.. asyik buat bising jer.. Main kejar-kejar.. jerit sana sini.. bergaduh lagi.. haduh memang sakit mental mendengar...

Tak sabar nak tunggu malam.. lepas Isyak... budak-budak ni memang dah masuk tidur.. fuhhh.. baru ada kedamaian dan ketenangan.. boleh saya rehat sepuasnya.. tiada lagi penderaan bunyi bising!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails