Tuesday, June 30, 2009

Minggu ke 30

Pagi ni.. pergi checkup kat hospital putrajaya... temujanji pukul 8.30 pagi... Fuhh.. kalut jugak waktu nak pergi tadi... macam-macam hal kena settle dulu... Kebetulan pulak suami tak leh teman, dia ada mesyuarat.. tolong drop jer depan hostipal.. emm.. berdebar-debar jugak rasa hati.. yer la kali pertama nak jumpa pakar... takut ada benda yang tak sedap di dengar...

Tapi semuanya.. alhamdulillah.. berjalan lancar.. Sampai jer.. terus ambil nombor giliran.. 2 minit kemudian.. dah sampai nombor giliran saya...

Macam biasa.. timbang berat dan check air kencing.. Berat saya sekarang ialah 55.6 kg.. nak ambik kau.. dalam seminggu jer dah naik 1.7kg...

Usia kandungan sekarang adalah 30 minggu 6 hari..

Gambar scan kembar pertama... berat 1100g.. posisi kedudukan adalah kepala kebawah..




Gambar scan kembar kedua.. berat 1270g.. posisi kedudukan adalah melintang.. si adik sudah berpusing..




Kembar berada dalam kantung yang berbeza tapi bergantung pada uri yang sama.. jadi mereka akan berebut-rebut/berkongsi makanan dari saluran yang sama..

Tidak dapat di pastikan lagi.. kembar jenis apa? Sama ada kembar seiras atau kembar tidak seiras.. Jantina kembar juga belum diketahui.. susah nak cari.. tersembunyi..

Kadar pertumbuhan kembar adalah normal dan sihat .. Setiap dua minggu saya ada temujanji untuk melihat perkembangan si kembar.. Jadi 14 julai nanti kena pergi. lagi. Ini bermakna setiap minggu saya ada temujanji.. satu di klinik dan dan satu lagi di hospital..

Saya bertanya kepada doktor...
Kebarangkalian untuk beranak secara normal.. kata doktor.. tak semestinya kedua-dua kepala kembar mesti dibawah... kalau kembar yang pertama berada kepala dibawah tapi yang kedua melintang.. boleh beranak secara normal.. mereka akan mengalih kedudukan kembar yang kedua.. janji keadaan ibu dan kembar berada dalam keadaan sihat..


Monday, June 29, 2009

Baby Stroller

Semalam saya ke tesco.. kebetulan pulak ada promosi barangan bayi.. macam-macam ada.. Tapi bukan jenama yang branded.. yang biasa-biasa aje.. kalau nak save bajet memang sesuai sangat la.. Harga berpatutan.. ada yang murah dan ada yang mahal.. banyak jugak pilihan..

Niat memang nak beli stroller.. nak yang murah jer... dalam lingkungan seratus lebih... kena beli 2 pulak... Rasa macam tak berbaloi pulak kalau beli yang mahal.. sebab nak guna 2, 3 tahun jer.. kalau rosak tak payah nak pening-pening kepala nak baiki.. campak saja kat lori surat kabar lama..

Banyak juga pilihan.. dari yang murah hinggalah yang paling mahal mencecah 400 inggit... Pilihan saya.. tentulah yang paling murah... Harga dalam 120 inggit.. kebetulan ada diskaun 50%.. Elok benar la.. macam beli satu percuma satu..




Saya ambil yang corak dot polka.. nampak okey sikit... dari yang corak belang..

Sunday, June 28, 2009

Susu Enfakid A+

Anak saya yang sulung sudah berumur 6 tahun dan yang adik berumur 4 1/2 tahun.. kira 5 tahun laa... Kedua-duanya masih lagi minum susu.. iaitu susu Enfakid A+...


Photo tahun 2006.. abang umur 4 tahun .. adik umur 2 tahun (lebih kurang)


Si abang minum (200ml) sebanyak 5 atau 6 kali untuk siang dan malam... lebih banyak minum dari yang di syorkan.. Ini kerana si abang dari kecil sehingga sekarang tidak pernah makan nasi.. kalau diberi makan atau paksa makan... dia akan muntah dengan teruk... psikologi abang terhadap nasi.. macam ulat.. sebab tu dia tak lalu nak makan... dah jumpa pakar.. tapi macam tu juga.. Abang hanya makan makanan seperti mee, spageti, roti, kerepek ..janji yang tidak lembik... itu pun dengan kadar yang sedikit... setelah penat dipujuk rayu atau terpaksa dipaksa makan.. Tapi si abang ini berat badan dia mengalahkan budak yang makan nasi.. dan sungguh aktif.. entah dari mana datangnya tenaga dia..

Si adik pula minum (200ml) sebanyak 3 atau 4 kali untuk siang dan malam... mengikut kadar yang disyorkan.. ini kerana si adik mempunyai selera makan yang baik... kadang-kadang terpaksa di pantau.. takut obesiti pulak... laju semacam dia makan..




Jadi dalam sebulan.. kira-kira 3 tin susu Enfakid A+ (1.8kg) untuk kedua-duanya... dimana setin berharga lebih kurang rm 80... selalunya saya akan membeli masa ada promosi.. beli dengan kadar yang banyak.. baru nampak akan perbezaan dan penjimatan wang di situ..

Peruntukan kewangan dalam perbelanjaan susu ni.. memang tinggi.. Mujur kedua-dua ini sudah tidak pakai lampin untuk tidur malam... dah pandai kontrol kencing.. tak pernah lagi terkencing di tempat tidur..


Saturday, June 27, 2009

Ulangtahun perkahwinan ke 8

Alhamdulillah.. tahun ini merupakan ulang tahun ke 8 perkahwinan saya... iaitu pada 25 april yang lalu...

Petang itu.. suami pulang dari kerja... seperti biasa.. saya menyambut kepulangannya di depan pintu.. manakala anak-anak pula leka bermain..
Saya nampak suami.. cuba menyorok sesuatu sambil tersenyum..

Rupa-rupanya.. tadaaaaaaaa.. sebuah kotak kek dihulurkan kepada saya...



Tak sangka... kali ini suami saya yang mengingati tarikh tersebut.. saya buat-buat tak ingat..


Mengimbas kembali 8 tahun yang lalu...
Saya telah bertemu jodoh dengan bakal suami semasa tahun pertama belajar di Universiti..
Masa itu saya berumur 22 tahun dan bakal suami berumur 29 tahun..
Di awal pekenala.. dia telah menyatakan hasratnya untuk berkahwin... kerana dia sudah menyiapkan segala keperluan.. sudah memiliki sebuah rumah dan sebuah kenderaan hanya sedang mencari bakal isteri..

Setelah berkawan selama 3 bulan... dia pun melamar saya..
Seminggu selepas itu.. saya pun memberi jawapan..

Akhirnya kami pun di ijab kabul pada 25 april 2001...
Tiada majlis persandingan... hanya kenduri akad nikah pada malamnya..
Ini kerana saya merasakan yang terbaik untuk kedua ibu bapa saya.. tidak mahu membebankan mereka.. dengan keadaan saya yang masih belajar.... Pihak lelaki pun tidak cerewet dan mereka pun setuju...

Bakal mertua saya.. memberi pilihan kepada kami.. sama ada ingin membuat majlis kenduri besar-besaran.. atau menggunakan wang perbelanjaan itu untuk menunaikan umrah sekeluarga.. Tentu lah kami memilih untuk menunaikan umrah.. supaya mendapat keberkatan..
Maka tiadalah sebarang kenduri meraikan pengantin pada kedua-dua belah pihak.. sekadar jamuan makan sesama sanak saudara terdekat..

Wednesday, June 24, 2009

Minggu ke 29

Hari ni... pergi check kandungan di klinik putrajaya.. Dah masuk minggu ke 29 ++... Alhamdulillah keadaan kedua-dua baby serta ibu adalah sihat walafiat.. Pergerakan baby sangat aktif.. sempat lagi bergerak-gerak waktu nurse sedang mencari denyutan jantung... Senyum saja nurse tu... setiap kali tangan dia menyentuh perut.. baby akan bergerak... mereka sangat sensitif pada sentuhan...

Berat badan saya sekarang sudah 53.9kg.. naik 800g dari 2 minggu lepas.. HB pun meningkat.. sudah 11.8 berbanding 2 minggu lepas 10.7.. hasil dari makan vitamin yang dibekalkan mengikut aturan yang betul.. ketinggian rahim sudah 32cm.. makin memboyot...

Kedudukkan bayi... kedua-duanya.. kepala di bawah... semoga kamu kekal macam tu yer nak.. mama kamu sangat takut kena operat belah perut.. sangat ngeri..





Papa kamu berdua.. sibuk panggil mama... mak buyut... bila mama dia dengar(mertua saya)..."kamulah yang punya angkara".... "udah-udahlah buat anak.. takut tak terbela"..

Sunday, June 21, 2009

Anemia ancam janin

ISTILAH darah cair atau kepekatan darah rendah biasanya merujuk kepada keadaan darah bagi wanita hamil yang mengalami anemia atau masalah kekurangan darah.

Meskipun anemia bukan penyakit, ia perlu dirawat bagi mengelak risiko masalah kesihatan kepada ibu atau anak dalam kandungan.

Antara langkah mudah mengatasinya ialah menjaga pemakanan dan mengambil pil vitamin yang diberi khusus untuk wanita hamil.

Memang diakui ramai wanita hanya mengambil pil vitamin untuk beberapa bulan kerana percaya dakwaan sesetengah pihak bahawa ia membuatkan anak dalam kandungan menjadi besar. Sebenarnya dakwaan itu tidak tepat kerana pil itu adalah pil multivitamin yang mengandungi banyak zat besi; iaitu bahan penting untuk memastikan wanita hamil tidak mengalami masalah kekurangan darah.

Kekurangan darah bukan saja menyebabkan keletihan melampau tetapi lebih membimbangkan ia boleh mengakibatkan keguguran, mudah mendapat jangkitan dan bersalin tidak cukup bulan. Ini sebabnya wanita hamil disaran menjaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, terutama sayur berdaun hijau, kekacang, daging merah dan makanan yang diperkaya zat besi.

Anemia ialah keadaan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu protein yang memberi warna merah kepada sel darah.

Ia adalah masalah yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama wanita, kerana mereka didatangi haid setiap bulan. Jarang lelaki mengalami anemia, kecuali jika mereka menghidap penyakit.

Selain itu, hemoglobin berfungsi sebagai membawa oksigen daripada paru-paru ke semua sel dan organ dalam badan. Kekurangan sel darah merah bermakna kita kekurangan hemoglobin dan akibatnya sel di dalam badan tidak menerima cukup oksigen.

Keadaan ini memaksa paru-paru dan jantung bekerja lebih kuat untuk memasukkan lebih banyak oksigen ke dalam darah. Ini menyebabkan individu anemia tercungap-cungap selepas melakukan kerja ringan.

Justeru, untuk memiliki sel darah sihat, kita memerlukan buah pinggang, hempedu dan sumsum tulang yang sihat kerana di sinilah sel darah dihasilkan.

Apabila sel darah merah kurang, paras hemoglobin juga rendah. Paras hemoglobin yang normal ialah antara 13.8 to 17.2 gm/dL bagi lelaki dan 12.1 to 15.1 gm/dL bagi wanita. Individu yang paras hemoglobinnya kurang 13 gm/dL (lelaki) dan 12 mg/dL (wanita) dianggap mengalami masalah anemia. Secara umumnya, rata-rata lelaki Malaysia mempunyai paras hemoglobin antara 12 hingga 13 gm/dL dan wanita pula sekitar 11 gm/dL.
Angka ini sangat penting kerana setiap penurunan satu peratus paras hemoglobin meningkatkan risiko kematian sebanyak 10 peratus, terutama pada wanita hamil.

Ramai orang tidak faham bagaimana kehamilan boleh menyebabkan anemia. Sebenarnya ketika hamil, isipadu darah bertambah 50 peratus, menyebabkan kepekatan darah berkurang. Ini sebabnya sesetengah kakitangan perubatan menggunakan istilah darah cair bagi memudahkan pemahaman.

Ia dipanggil anemia ketika hamil dan yang perlu dilakukan hanya menjaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber zat besi. Perkara ini juga disebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan darah oleh janin dan keperluan semula jadi si ibu.

Kekurangan zat besi ketika hamil berlaku kerana janin menggunakan sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan pembentukan organnya, terutama pada bulan ketiga terakhir kehamilan. Jika si ibu ada bekalan sel darah merah berlebihan sebelum hamil, janin boleh menggunakannya.
Jika tidak, seseorang wanita mengalami anemia kekurangan zat besi ketika hamil. Biasanya individu anemia kehilangan empat hingga 10 miligram zat besi ketika haid dan 500 miligram zat besi apabila hamil.

Punca anemia

a. Punca primer (diwarisi)

# Kecacatan membran
# Kecacatan globin (seperti pesakit talassemia alfa dan beta)
# Kecacatan enzim (seperti enzim G6PD)

b. Punca sekunder (diperolehi)

# Pemakanan
# Kehilangan darah
# Pendarahan dari faraj atau dubur disebabkan penyakit
# Kegagalan sumsum tulang
# Kanser
# Penyakit kronik
# Ulser dan pendarahan dalam perut
# Kesan sampingan ubat
# Penyakit autoimun
# Jangkitan
# Kehamilan terlalu kerap

Kumpulan berisiko alami anemia

# Wanita hamil (30 peratus wanita hamil alami masalah kekurangan darah)
# Kanak-kanak kecil kurang dari dua tahun
# Remaja perempuan, terutama yang baru datang haid
# Orang tua (60 tahun ke atas)
# Atlit perempuan
# Vegetarian vegan (yang amalkan pemakanan yang sangat terhad)
# Individu yang ada penyakit menyebabkan penyerapan zat besi terjejas atau disertai kehilangan darah
# Penyakit keradangan usus
# Ulser usus disebabkan jangkitan bakteria Helicobacter pylori
# Kehilangan darah yang kronik

Bagaimana untuk tahu sama ada kita anemia atau tidak?

Gejala anemia agak umum dan mengambil masa panjang untuk dilihat. Gejala paling jelas ialah keletihan walaupun melakukan kerja ringan dan najis berwarna gelap atau kehitaman (menandakan kehadiran darah) serta sangat berbau. Antara gejala lain ialah:

# Kulit pucat
# Lemah seluruh badan
# Selalu pening
# Jantung berdegup lebih pantas atau tidak normal
# Sakit kepala
# Sesak nafas dan tercungap-cungap ketika melakukan kerja
# Tangan dan kaki berasa kebas
# Keadaan di atas mungkin jadi lebih teruk jika hamil
# Lidah menjadi licin
# Ulser di tepi mulut yang menyebabkan rasa sakit
# Kuku menjadi kering, terkopek atau berbentuk seperti sudu




Apa bahayanya anemia pada wanita hamil?

a. Komplikasi ketika hamil

# Keguguran
# Peningkatan berat badan yang sangat sedikit
# Bersalin tidak cukup bulan
# Anak mati dalam kandungan

# Jangkitan


b. Ketika bersalin

# Sukar melahirkan anak
# Risiko tindak balas badan terhadap ubat bius

# Kegagalan jantung

c. Selepas bersalin


# Pendarahan
# Aliran darah tersekat (akibat kehadiran darah beku atau bahan lain seperti gelembung udara, lemak atau air ketuban)

# Pereputan tisu


d. Risiko pada bayi


# Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan)

# Tidak cukup berat

# Bayi gagal atau lambat membesar

# Bayi perlukan bantuan pernafasan berpanjangan

# Penilaian Apgar (aktiviti dan bentuk otot, denyut nadi, tindak balas kerengsaan, warna kulit dan pernafasan) yang rendah


Diagnosis dan rawatan

Rawatan bergantung kepada punca masalah. Jika puncanya dirawat, individu berkenaan akan sembuh daripada masalah ini kecuali jika membabitkan punca keturunan seperti talassemia, kekurangan enzim G6PD atau penyakit autoimun.

Pemindahan darah dilakukan jika terpaksa, tetapi ia hanya penyambung kepada rawatan dan bukan rawatan khusus bagi anemia. Selain vitamin, sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang disuntik ke dalam salur darah atau otot, seseorang perlu menjaga pemakanannya. Sayur-sayuran hijau seperti kangkung dan bayam baik untuk orang anemia kerana ia mengandungi banyak zat besi.

Bagi wanita hamil, mereka diberi pil zat besi yang turut mengandungi asid folik yang memberi kesan segera. Kedua-dua bahan ini sangat penting untuk perkembangan janin, jadi jangan buang pil vitamin yang diberi doktor. Pil zat besi tidak boleh diambil bersama makanan daripada gandum kerana ia mengurangkan keupayaan badan menyerap zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada daging, ayam, itik, ikan, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan kaya vitamin C. Elak makanan mengandungi asid fitik dan tanik seperti roti rye, kopi, teh, kola dan coklat kerana ia menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

Sumber lengkap
Harian Metro

Saturday, June 20, 2009

Jom pusing kepala

Dengan menggunakan teknik digital pengkomputeran yang serba canggih ini... membolehkan photo yang cantik ditukarkan kepada imej yang pelik dan jelik.. iaitu dengan cara memusingkan kepala... nampak sungguh menakutkan!

Terkini selebriti hollywood yang menjadi mangsa adalah.. Eva Mendez, Angelina Jolie dan Jenifer Aniston... nampak amat pelik... Takut pulak rasanya!




Kalau nak tengok kepala sendiri kena pusing.. bolehlah mencuba! Yang pasti saya tak sanggup nak tengok bila kepala saya kena pusing...

Kalau jumpa tengah jalan orang macam ni... sah saya pengsan.. nampak macam hantu korea.. takuttt..

Sumber harian metro

Friday, June 19, 2009

Ultrasound minggu ke 25

Gambar scan kandungan pada usia 25 minggu... untuk baby pertama..



Catatan ukuran



Gambar scan baby kedua...



Catatan ukuran




Tak tahu lagi jantina baby... jenis kembar dan sebagainya..
Seterusnya akan rujuk pakar Hospital Putrajaya pada 30 Jun..

Tapi naluri hati saya berkata.. " ini adalah kembar lelaki"..
Entah laa.. yang penting .. semuanya sihat dan selamat.. kalau boleh biar lah dapat beranak secara normal...

Keadaan kedudukan baby adalah seorang kepala kebawah(cephalic) dan seorang lagi melintang(breech)...

Pada pemeriksaan kandungan minggu ke 27.. kedudukan kedua-duanya adalah kepala kebawah.. dimana keadaan ini akan berubah-berubah...

Namun saya berdoa dan berharap... biarlah keadaan ini kekal sehingga masa kelahiran..

Selesai puasa ganti

Alhamdulillah... akhirnya saya berjaya melunaskan hutang puasa... kiranya hari ni.. saya sambut raya dengan si kembar (kandungan)... mana tak nya.. mereka pun sama-sama berpuasa...

Masa saya tengah menaip ni.. terasa perut saya bergerak kiri dan kanan.. memang sah lah tu.. mereka sedang beraya... rasa kelakar pulak.. geli pun ada juga.. dengan keadaan perut yang sendat.. dapat juga diorang main tendang-tendang...

Hari terakhir puasa semalam... saya rasa sangat letih.. sungguh tidak berdaya... Selepas saja waktu zohor, saya terus berbaring sehingga dekat waktu asar baru bangun... Anak saya yang dua orang tu pulak... asyik buat bising jer... lepas makan.. diorang main perang tembak-tembak... dekat dengan katil saya berbaring... aduh.. kiri kanan bunyi bising alat mainan mereka... Kalau larang makin menjadi... terpaksa la.. tahan diri... sabar ajo..

Jadi dengan badan yang lesu.. saya hanya bermasak ala kadar sahaja.. untuk hidangan makan malam... mujur juga si suami tak banyak kerenah.. faham akan keadaan saya ketika ini...

Jom layan gambar..

Spageti yang simple ni.. untuk si adik... memang faberet dia... si abang pulak agak takut-takut nak rasa.. tapi bila dah rasa.. sesuai dengan tekak dia.. habis jugak sepinggan... tapi dengan syarat makan kena bersuap...




Kerabu timun yang sangat mudah disediakan...




Sayur bayam... hidangan yang wajib untuk saya... dan beberapa ketul ayam goreng...




Itu saja lah.. untuk semalam


Wednesday, June 17, 2009

2 kali tergamam.. 2 kali kegembiraan

Disember 2008.. berlalu... saya resah... bukan memikirkan kedatangan tahun 2009... tapi resah memikirkan period yang tak datang... sudah terlewat dari hari sepatutnya... 4 hari berlalu... hati sudah terdetik.. Mengandungkah??.. Saya pasti.. sebab tarikh kedatangan period saya selalunya tepat.. seminggu pun berlalu... saya semakin pasti..

Suatu petang saya bersuara kepada suami...
Bini : "Nampaknya kita akan menambah lagi bilangan keluarga..."
Si suami : "kenapa?" (Masih tak dapat nak menangkap maksud tersirat)
Bini : "Yer la... rasa macam dah mengandung.. sebab period sudah lewat seminggu"
Si suami : "Biar betul.."(dengan muka yang tergaman lagi terkedut)
Bini : "Kenapa?? tak percaya? Tak gembira ke?"
Si suami : ".... gembira... tak sangka... akan bertambah lagi..."
Perbualan pun terhenti... masing-masing melayan perasaan.. banyak persoalan yang berlegar di kepala..

Untuk mendapatkan kepastian.. minggu berikutnya.. kami pun ke klinik Az- Zahra Bangi..
Memang sah.. saya dah mengandung.. usia kandungan baru 6 minggu...

Untuk trimester pertama kandungan... saya mengalami.. loya-loya dan muntah yang teruk.. boleh dikatakan setiap hari... tidak kira waktu.. lewat makan rasa nak muntah.. kalau dah makan .. apa lagi... semua keluar balik... memang letih..

Badan pun sentiasa senggal.. sakit segala sendi.. tulang pun ada bunyi-bunyi.. macam sudah reput daa... kadang-kadang gusi berdarah...

Pernah tu... dua hari tak bangun.. sebab demam.. senggal seluruh badan.. mujur pada waktu tu anak-anak sedang bercuti sekolah... Yang abang tinggal di rumah atuk.. jadi tinggal jer si adik jer.. yang bagusnya.. si adik ni... tak banyak songgeh... tahu-tahu saja yang mama dia tak sihat..

Bila masuk trimester kedua... masalah loya dan muntah pun sudah hilang... waktu ni.. memang berselera untuk makan... Semua saya makan... semua sedap bagi saya!

Tapi yang peliknya kali ini... saya sentiasa memikirkan 2 nama untuk anak dalam kandungan.. tidak kira nama lelaki atau perempuan.. mesti saya nak dua nama.. macam nak dapat dua orang serentak.. Setiap masa saya semikirkannya..

Sehinggalah suatu malam saya bersuara kepada si suami..
Bini : "Macam mana kalau dalan perut ni ada 2 orang..?"
Si suami : Diam saja.. mungkin tak terfikir difikirannya..
Bini : Masih lagi bercakap sorang diri.. "Ah tak mungkin pulak.. sebab perut ni terlalu kecil.. dan badan pun kurus... tak mungkin Allah nak beri 2 sekali gus pada saya.."
Perbualan yang tidak dilayan itu berakhir disitu... tidur...

Sehinggalah saya membuat checkup di klinik Putrajaya.. masa nurse check jantung baby.. macam biasa jer.. sorang baby yang sihat...
Kemudian baru masuk kebilik doktor.. untuk melakukan scan..
Lama doktor perempuan itu scan perut saya.. lalu dia mengeluh...
Doktor A : " Eh.. saya konfius la... awak ni mengandung kembar ke? Ni saya nampak.. macam ada dua orang.. 4 tangan... 4 kaki... eh makin konfius saya ni..."

Lalu doktor A bertanya kepada saya.. ada adik beradik awak yang kembar ke?
Saya : "Tak ada pulak... tapi keturunan suami saya ada yang kembar... adik beradik sebelah bapaknya.. iaitu saudara atuk dan bapak saudaranya adalah kembar..."

Doktor A : "Ooo... tak pa la... saya call lagi sorang doktor untuk mengesahkannya..."
Kemudian datang la.. seorang doktor... juga perempuan.. dia pulak yang melakukan scan pada perut saya...
Doktor B : "Haa.. memang sah la ni... sambil tunjuk.. ini satu baby.. dan ini satu lagi baby.."
Kemudian doktor B pun beredar... dan doktor A pun meneruskan scan.. untuk mengambil ukuran..

Dalam hati saya.. hanya tuhan yang tahu..
Saya amat bersyukur... rasa naluri saya selama ini menjadi kenyataan.. Allah telah mengurniakan saya dua zuriat sekali gus.. walaupun saya rasa mustahil dengan keadaan fizikal saya...
TIADA APA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH.. DAN DIA MAHA MENGETAHUI SETIAP ISI HATI YANG TERSIRAT.. MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH...

Selepas balik dari klinik.. saya menelefon suami...
Bini : "Hello... abang.. tadi dah pergi check.. lama juga nak siap.. "
Si suami : "Doktor cakap apa?"
Bini : " Doktor cakap.. semuanya baik.. dan lagi doktor cakap... dalam kandungan ni ada dua orang baby.."
Si suami : "Biar betul.. jangan duk bergurau pulak"
Bini : "Betul la... dah disahkan oleh 2 orang doktor.. lagi pun dah ada gambar scan... ni.. dah nampak 2 orang baby.."
Si suami : Terus saja terdiam ... sungguh tak sangka.. masih lagi tak percaya..

Bila suami balik kerja.. saya pun menunjukkan gambar scan tersebut... baru lah dia percaya.. tergambar muka kegembiraan dengan mata yang berkaca-kaca..




Memang rezeki yang tak terhingga dari Allah kepada kami sekeluarga.. kami amat bersyukur..
Itulah.. 2 kali tergamam dan 2 kali kegembiraan.. hadiah untuk suami tercinta!


Tuesday, June 16, 2009

Puasa Ganti

Hari ini adalah hari ke 2... saya berpuasa... masih tinggal 2 hari lagi...
Kalau tiada gangguan kesihatan... Insyaallah hari Jumaat, saya sambut raya...
Terdetik juga dalam hati.. menyesal kerana melenggahkan puasa ganti ini...
Selalunya saya akan mengantikan puasa dalam bulan Syawal... disusuli dengan puasa enam...
Tapi entah macam mana... asyik berlenggah saja...
Akhirnya syawal pun habis.. dan puasa enam juga terlepas...
Makin bertangguh... sehinggalah...
Bulan Disember.. saya disahkan mengandung...
Waktu tu... badan dah lembik.. asyik muntah...
Langsung tak bertenaga...
Bila perut dah 4 bulan.. baru hilang rasa loya-loya dan muntah...
Masa perut 5 dan 6 bulan...
Nafsu makan pulak naik mendadak...
Asyik lapar jer... kalau terlambat makan... mula rasa tak sedap badan...
Sekarang.. bila dah 7 bulan... perut pun agak memboyot...
Baru rasa okey sedikit...
Dan dengan izin Allah... semalam saya dapat menyempurnakan puasa tanpa sebarang masalah.... Insyaallah untuk hari ini jugak!

Menu berbuka puasa semalam adalah kerabu mangga, kangkung goreng dan daging kicap..
Ringkas dan cepat untuk disiapkan...






Untuk berbuka petang ini... belum tahu lagi...
Sekejap lagi baru nak ke dapur... yang pasti masakan ringkas dan cepat disiapkan...
Tak larat nak berdiri lama-lama... sakit belakang dan pinggang!

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Assalammualaikum.....
Ini adalah entri saya yang pertama...
Sudah lama saya terfikir untuk menulis blog mengenai anak-anak...
Tapi niat itu asyik tertangguh.... baru sekarang tergerak untuk melakukannya...

Blog ini sekadar tempat untuk saya meluahkan perasaan hati...
Sebagai seorang "Ibu" dalam mendidik dan melayan kerenah anak-anak...
Tugas yang amat berat dan menuntut kesabaran yang kuat...
Ditambah pulak dengan keadaan zaman yang semakin mencabar....

Semoga Allah memberi Pertunjuk dan Hidayah Nya kepada saya...
Supaya dapat menjadi seorang "Ibu Misali dan Isteri Sejati.. "

Sekian.. Wasalam...

Bahan bacaan...

Ibu Misali dan Isteri Sejati..

oleh Dr. Fadzilah Kamsah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails