Kurun Najwa

Kembong perut

Adik baru jer tidur... perut kembong sikit.. dia buat ragam sikit...
Biasa la.. kalau kembong memang tak leh tidur.. menanggis tak henti.. sapu ngan minyak angin yu yee.. baru lega sikit.. lepas dah kentut2.. rasa lembut sikit perut dier.. dukung kejap.. peluk2.. tepuk2 belakang sikit.. usap2 manja.. sampai dier rasa okey balik... lepas tu boleh lah letak kat tempat tidur... dier pun macam dah ngantuk sangat.. isap2 jari.. terus tidur... mujur kakak tidur nyenyak.. time adik nanggis.. kalau tak susah la nak handle kedua2nya..

saya guna minyak angin kat bawah ni.. memang mujarab..


Info ringkas tentang kolik

Kolik atau perut kembung terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. Tanda-tanda bayi kembungbiasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya agak keras. Bayi mungkin menangis lebih satu jam selama satu hari, lebih tiga hari selama seminggu dan lebih tiga minggu dalam tiga bulan pertama kehidupan bayi. Ia biasanya bermula pada usia hari ke 10 sehingga 2 minggu dan pada usia 6 minggu.

"Kenapa/membendung dengan kain?"
1. Membendung atau membalut bayi dengan kain mengehadkan pergerakan anggota tangan dan kakinya.
2. Membantu meluruskan anggota badan dan mengelak bayi terlalu aktif mengerakkan anggota badannya. Malah, bentuk bendung ini membuatkan bayi merasai tekanan seakan berada di dalamrahim ibunya.

"Kenapa menekan?"
1. Menekan ( pastikan tangan anda dalam kedudukan lembut dan meniarapkan bayi)
membuatkan bayi merasa seperti masih dalam rahim ibunya.
2. Ia memberikan rasa sentuhan yang tenang buat bayi. Sentuhan seperti memeluk atau menggosok pada bahagian lutut misalnya akan memberikan rasa kelegaan dan selesa buat si kecil.

"Kenapa dukung?"
1. Ia membuatkan bayi dalam kedudukan seperti dalam kandungan ibunya. Cara dukungan itu memberikan tekanan yang melegakan dan mengelak daripada bayi mengalami pergerakan yang terlalu aktif.
2. Ia memberikan ruang yang selesa buat bayi apabila berada di samping orang yang biasa dengannya seperti ibunya. Dia akan merasai pergerakan, bau dan suara yang dimiliki oleh ibunya.

"Kenapa menepuk?"
1. Menepuk memberikan rasa kelegaan kepada bayi.
2. Menepuk bayi pada bahagian bawah dan belakang.

Nak tahu lebih lanjut sila beli majalah Pa & Ma keluaran Dis di pasaran sekarang

sumber
http://www.majalahpama.com.my


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails