Apa tu batu meriyan? Saya nak terang pun tak pandai.. tak pernah jadi pakar sakit puan.. tapi dari apa yang saya paham... yang bidan selalu cakap.. "tempat peranakan aka pintu rahim atau nama omputehnya G-spot"... entah lah.. tapi bagi kaum hawa yang dah beranak mesti tahu akan batu meriyan...
Sebenarnya nak citer pasal bergalaman saya masa berurut kat kampung tu..
Memang ada setengah orang yang tak mengurut.. mungkin tak suka mengurut atau pun mungkin jenis tak ambik kisah..
Bagi saya.. mengurut semasa dalam pantang adalah satu kemestian.. wajib tak boleh berlenggah(bagi yg beranak secara normal).. Ini kerana saya nampak akan perubahan sebelum dan selepas mengurut..
Sebelum mengurut.. perut saya kelihatan mengembang, mengelebeh macam boyot.. bahagian kat ari2 nampak turun kebawah.. (area bawah pusat).. Masa mengurut bidan akan menolak naik sambil mengangkat bahagian yang memboyot kebawah iaitu batu meriyan masuk balik ketempatnya..(masuk balik dlm soketnya).. lebih kurang sejengkal di bawah pusat.. waktu proses menolak batu meriyan ni.. memang kita dapat rasa.. seketul benda di tolak naik.. memang rasa sakit dan mesti menahan nafas..
Selepas batu meriyan diletakkan pada tempatnya.. memang nampak perubahan yang ketara pada bahagian ari2.. tak nampak mengembang dan menurun kebawah.. nampak ada seketul benda bulat kat bawah pusat..
Ni makcik Timah .. bidan yang mengurut saya.. tangan dier sangat power.. macam cengkaman harimau.. rasa sakit time mengurut jer.. lepas dah abis mengurut badan dah tak rasa sakit sebaliknya rasa segar, sihat dan bertenaga..
Sambil makcik Timah mengurut.. saya bertanya dengan dier tentang batu meriyan dan pengalamannya dalam bidang perbidanan..banyak benda yang dicerita.. seronok dengar..
Nasihat yang diberikan kepada saya.. untuk mengelak batu meriyan jatuh..
*Jangan suka duk bercangkung lama-lama..
*Jangan duk angkat benda berat.. (beg sopping tak pa)
Bagi yang pernah mengalami keguguran.. dinasihatkan supaya mengurut.. ini kerana.. semasa berlaku keguguran.. batu meriyan sudah turun kebawah.. kalau tak mengurut.. nanti bila mengandung.. risau kandungan tidak dapat bertahan sampai 9 bulan.. akan berlaku kelahiran pramatang..
Itu saja yang saya nak berkongsi.. pengalaman dan apa yang saya paham mengenai batu meriyan.. dan kenapa kiter perlu mengurut selepas beranak..